PAFA Hambat Ronaldo & Raianderson Untuk Perkuat Jentera Serangan

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada pagi tadi telah mengesahkan dua penyerang import daripada Brazil telah dibawa masuk untuk memperkukuhkan skuad kendalian Mehmed Durokovic di saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Di dalam sidang media yang berlangsung jam 9:30 pagi tadi, Ronaldo Henrique Silva berusia 28 tahun dan juga Raianderson Da Costa Morais berusia 23 tahun diperkenalkan kepada media yang hadir.

Kemasukkan dua awang import dari Brazil ini juga bermakna khidmat Gilmar Da Silva telah ditamatkan.

Foto: Perak TBG

Seorang lagi awang import, Wander Luis pula telah mengambil keputusan menarik diri dari bersama skuad Perak, untuk berada bersama keluarga di Brazil.

Wander dikatakan perlu memberikan lebih tumpuan kepada anak beliau yang sakit di Brazil.

Bagaimanapun, tiada perkhabaran atau kemaskini terkini mengenai pemain pertahanan import, Zac Anderson ketika sidang media tersebut – walaupun terdapat laporan dari media tempatan yang melaporkan khidmat pemain ini turut ditamatkan.

Bercakap kepada media yang hadir, Mehmed Durokovic mengakui gembira dengan kehadiran kedua-dua pemain bagi membantu pasukan Perak pada musim ini.

Ronaldo, adalah penyerang yang pernah beraksi di saingan Serie B Brazil dan juga Yokohama FC di Jepun. Manakala Raianderson adalah bekas produk Cruzeiro di Brazil.

Sehingga kini Perak berada di tangga ke-8 Liga Super Malaysia, hasil dua kemenangan dan lapan seri.

Ketibaan kedua-dua pemain diharap akan mengubah rentak saingan pasukan Perak pada musim ini – yang turut masih bersaing di pertandingan Piala FA.

Perak akan berhadapan dengan PKNP FC pada Sabtu ini di saingan Piala FA, sebelum berhadapan lawan yang sama di saingan Liga Super Malaysia tiga hari selepas itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN