Kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi telah menyaksikan City kembali menduduki tangga teratas liga.
Ia merupakan perlawanan yang dikiritik hebat oleh pengurus City, Pep Guardiola gara-gara masalah keadaan padang yang sangat teruk di Stadium Wembley kerana digunakan untuk sukan dari Amerika iaitu ‘football’.
The unbeaten streak continues!
Manchester City remain unbeaten in their last 16 Premier League matches. pic.twitter.com/d2n7YMHyXk
— ESPN FC (@ESPNFC) October 29, 2018
Beraksi di padang Wembley yang berada dalam keadaan teruk, hanya 24 jam selepas digunakan untuk perlawanan NFL, Guardiola lega City bernasib baik apabila menang menerusi jaringan tunggal Riyad Mahrez.
Pep Guardiola conceded that the Wembley pitch played a part in Manchester City’s important win over Tottenham at Wembley on Monday, with Erik Lamela’s second-half miss the key moment. pic.twitter.com/Vn0wB20aO9
— Soccer Betting News (@Sbn_ZA) October 30, 2018
Ia adalah kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan terakhir sekali gus menyaksikan skuad kendalian Guardiola yang belum tewas setakat ini memintas Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), berdasarkan kelebihan jaringan.
Dan pengurus City itu mengakui beliau amat lega dapat melihat pemainnya mampu menangani masalah padang.
“Bermain di atas padang yang sebegini bukan mudah.
“Ia adalah kemenangan yang hebat dalam suasana yang istimewa, menentang sebuah pasukan paling berfizikal di Eropah,” katanya.
3 – For the first time in Premier League history, there are as many as three teams still unbeaten after 10 matches (Manchester City, Liverpool and Chelsea). Strength. pic.twitter.com/bBPr3nrNkJ
— OptaJoe (@OptaJoe) October 29, 2018
“Ia bukan keadaan yang sesuai untuk bermain bola sepak. Kami menunjukkan tindak balas dengan baik. Untuk semua pemain kami dan juga Tottenham, semoga mereka segera menyelesaikan masalah ini pada masa akan datang.
“Ia adalah persoalan buat Liga Inggeris dan Tottenham. Kami dijemput bermain di sini dan semoga dapat mengatasi masalah ini.”
Tottenham’s biggest fan! Pep Guardiola reveals his admiration for Mauricio Pochettino’s side. pic.twitter.com/8SjniNwrZ0
— sntv (@sntvstory) October 30, 2018
Guardiola sebelum ini memuji kemenangan City ke atas Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu, dengan menyifatkan ia sebagai terhebat sepanjang tempoh kendaliannya.
Dan persembahan pagi tadi jauh lebih teruk daripada apa yang diimpikannya, walaupun benteng City berjaya menyamai rekod enam perlawanan berturut-turut tanpa bolos.
“Kami mempunyai banyak peluang. Kami perlu menjaringkan gol, tetapi kami gagal melakukannya. Masih banyak yang perlu dipertingkatkan,” katanya.
The absolute state of the Wembley pitch ahead of tonight's match between Tottenham and Man City. 😷 pic.twitter.com/DvIkYCjUA6
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 29, 2018
Pada masa sama, pertahanan Tottenham, Toby Alderweireld turut menyelar permukaan padang di Wembley, apabila berkata:
“Secara jujurnya, keadaan padang amat teruk.
“Kedua-dua pasukan gemar mengatur serangan bermula daripada bawah dan untuk beraksi dalam keadaan sebegini, ia menjadi begitu sukar.” katanya.