Padang Joe Hart, itulah nama padang latihan untuk penjaga gol di Akademi Bola Sepak Manchester City.
Manchester City memberikan nama padang latihan penjaga gol mereka sebagai Padang Joe Hart sebagai penghargaan kepada legenda kelab mereka itu.
Joe Hart menyertai City pada 2006. Dan beliau sudah membantu kelab itu memenangi 2 EPL, 2 Piala Liga dan 1 Piala FA. Beliau kini bermain untuk Burnley.
Walaupun Hart gagal untuk menambat hati Guardiola, ia tak bermakna nama beliau tidak diiktiraf sebagai salah seorang pemain legenda dalam sejarah kelab Manchester City.
Man. City mengumumkan yang nama padang latihan penjaga di City Football Akademi sempena nama Joe Hart.
Terpampang gambar mozek Joe Hart dengan keraian ikonik ketika meraikan kejuaraan liga pada 2011/12.
“Melihat nama saya menjadi nama padang latihan penjaga gol di City Football Academy adalah satu penghormatan yang besar untuk saya.”
“Manchester City menjadi sebahagian besar hidup saya dan karier. Saya sangat bangga dengan apa yang saya dan rakan sepasukan pernah capai bersama-sama.”
“Ada beberapa nama penjaga gol legenda dalam sejarah Man. City. Dan saya merasa berbesar hati apabila kelab memilih nama saya daripada beberapa nama itu.”
We have dedicated a goalkeeper training pitch at the CFA to Club legend Joe Hart in recognition of his 12-year association with the Club 💙 #mancity pic.twitter.com/VqxKOpmBfy
— Manchester City (@ManCity) October 19, 2018
Pengumuman itu juga dibuat sempena dengan kepulangan semula Hart ke Etihad sebagai pemain pelawat. Di mana Man. City akan berhadapan dengan Burnley.
Guardiola bercakap kepada wartawan yang beliau gembira dengan keputusan kelab ke atas Joe Hart.
“Tiada keraguan betapa pentingnya beliau kepada kelab. Esok (hari ini), anda akan menyaksikan bagaimana orang menghargai apa yang telah beliau (Hart) lakukan kepada kelab ini.”