Padah Tunjuk Samseng, Gelson Martins ‘Mereput’ Enam Bulan

Akibat gagal mengawal emosi dan bertindak menolak pengadil perlawanan ketika kekalahan pasukannya kepada Nimes dalam saingan Ligue 1 pada bulan lepas, penyerang sayap Monaco, Gelson Matrins menerima padah setelah digantung selama enam bulan.

Pemain berusia 24 tahun itu menolak pengadil, Mickael Lesage selepas rakan sepasukannya, Timoue Bakayoko dibuang padang. Beliau kemudian menolak kali kedua selepas tidak berpuas hati apabila dirinya pula dilayangkan kad merah.

Monaco tewas 3-1 dalam perlawanan tersebut dan pasukan itu kini menduduki tangga ketujuh liga.

Pemain antarabangsa Portugal itu telah menjaringkan empat gol dan mencatat satu bantuan jaringan dalam 23 perlawanan pada musim ini.

Menyingkap sejarah, penyerang Sheffield United, Paolo di Canio telah digantung selama 11 bulan dan didenda £10,000 kerana menolak pengadil, Paul Alcock sehingga jatuh selepas menerima kad merah ketika perlawanan menentang Arsenal.

“Selepas membuat siasatan dan melihat bukti-bukti serta mendengar sendiri kenyataan pemain yang dituduh, Jawatankuasa Disiplin Liga Bola Sepak Profesional memutuskan hukuman penggantungan selama enam bulan berkuatkuasa pada 6 Februari 2020,”

Keputusan tersebut bermakna musim ini sudah pun berakhir buat Martins dan pihak kelab menyatakan kekecewaan mereka di atas hukuman yang dianggap terlalu berat itu.

Martins bagaimanapun telah memohon maaf di atas tindakannya itu dan beliau mengatakan ianya tidak menggambarkan perwatakannya yang sebenar.

“Bagi yang mengenali diri saya sepanjang karier, saya sangat menghormati semua orang terutamanya rakan sepasukan, pihak lawan dan pengadil sama ada di dalam atau di luar padang. Malah saya tidak pernah bertindak agresif kepada sesiapa selama ini.”

“Saya rasa bersalah dan memohon maaf kepada semua pihak termasuk pengadil, Mikael Lesage di atas sikap saya yang tidak dapat mengawal kemarahan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN