‘Padah Tunjuk Kerambit’ – Pemain Bola Sepak Amatur Sah Masuk Penjara & Didenda

Selepas tular mempamerkan kerambit ketika dalam suatu pergaduhan, seorang pemain bola sepak bertaraf amatur sah menerima hukuman penjara serta didenda hari ini menerusi Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai situasi pemain bola sepak amatur di salah satu saingan tempatan yang membawa kerambit ketika terlibat dalam pergaduhan sehingga dirinya telah ditahan pihak polis.

‘Bukan Sekadar Kerambit’ – Pemain Bola Sepak Amatur Turut Terlibat Kes Baling Molotov

Menerusi perkongsian Aliff Akhmal di Facebook lalu, dua foto telah pun dimuat naik dengan mempamerkan salah seorang pemain dari kelab Farouk FT telah membawa kerambit ketika terbabit dalam suatu insiden pergaduhan.

Jelas Aliff, insiden tersebut berlaku di KLFA, Melawati pada jam 12:30 malam ketika 4 Ogos lalu dengan menyatakan pemain tersebut mewakili Farouk FT.

Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menganggap pemain tersebut tampil terlalu berlebihan.

Malah, pempengaruh seperti Caprice juga tampil tidak berpuas hati akan keganasan dibuat oleh pemain bola sepak amatur tersebut.

Menerusi kenyataan Harian Metro sebentar tadi, Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin yang berusia 22 tahun itu mengaku bersalah selaku tertuduh di hadapan Hakim Norina Zainal Abidin.

Kesan daripada kejadian itu, Mahkamah secara rasminya memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa pada hari ini menerusi tarikh sabitan.

“Mengikut pertuduhan, peniaga nasi lemak itu didakwa menunjukkan senjata berbahaya iaitu kerambit di mana perbuatan itu dilakukan dengan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pusat Bola Sepak KLFA, Wangsa Maju pada 12.45 tengah malam, 4 Ogos lalu.

“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda yang boleh sampai RM500 atau kedua-duanya.

“Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang memakai jersi nombor tujuh itu menunjukkan senjata itu di padang pusat bola sepak berkenaan.

“Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh sebagai bentuk pengajaran dan tidak mengulangi kesalahan sama di masa hadapan,” petik laporan tersebut.

‘Kerana Kerambit Atas Padang’ – Pemuda Ini Terima Kecaman Teruk Daripada Netizen

Menerusi pertuduhan lain, tertuduh mengakui tidak bersalah isu khianat di salah satu kelab hiburan pada Mei lalu menerusi balingan molotov bersama rakan-rakan.

“Dalam prosiding sama di hadapan Norina, Muhammad Nur Iman Shafie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dalam kejadian di hadapan kelab hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Mei lalu.

“Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama dengan empat lagi yang telah dituduh didakwa melakukan khianat dengan api iaitu membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah sebuah kelab sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kelab itu pada 2.17 pagi, 9 Mei lalu.

“Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum 14 tahun dan didenda jika sabit kesalahan.

“Nidzuwan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin manakala peguam Haziq Aizuddin Subhi mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya membantu keluarga selain memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

“Norina membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 September ini untuk serahan dokumen,” jelas kenyataan itu lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN