Eduardo Berizzo dilaporkan telah memberitahu pemainnya bahawa beliau didiagnosis dengan kanser ketika rehat separuh masa dalam perlawanan ke-5 UCL kumpulan E menentang Liverpool.
Sevilla ketinggalan 3 gol separuh masa pertama telah melakukan kebangkitan luar biasa untuk mengikat Liverpool 3-3.
Liverpool mendahului menerusi 2 gol Firmino dan 1 lagi gol Sadio Mane pada separuh masa pertama.
Pemain-pemain Sevilla seakan-akan terkesan dengan apa yang menimpa bos mereka. Ianya membuatkan mereka beraksi 110% di dalam padang pada separuh masa kedua.
2 gol Ben Yedder dan Guido Pizarro menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Pemain-pemain Sevilla berlari ke arah Berizzo untuk meraikan gol tersebut. Berrizo mengidap kanser prostat. Namun beliau tidak berkongsikan hal itu dalam sidang media selepas tamat perlawanan.
Namun pihak kelab telah pun membuat kenyataan rasmi tentang hal tersebut. Pegawai perubatan Sevilla sudah maklum akan keadaan kesihatan Berizzo.
Sevilla memberikan sokongan penuh kepada jurulatih mereka itu. Selepas ini Berizzo akan menjalani satu lagi ujian lanjutan dan kemudian akan mengikuti proses rawatan.
Beberapa pemain Sevilla memberitahu media bahawa mereka sangat terkesan dengan kata-kata Berizzo dan ia menjadi motivasi untuk mereka bangkit pada separuh masa kedua.
Satu kisah yang menyentuh perasaan. Ayuh coach! anda mampu melawannya! Semoga anda sembuh.