Pachuca bukanlah kelab yang berbelanja besar seperti kelab-kelab Major League Soccer, namun mereka terus memastikan penguasaan kelab dari Mexico dalam CONCACAF Champions League.
Mexico masih raja di CONCACAF
Dunia bola sepak kadang tidak adil, yang kaya dan popular selalu ketinggalan. Contoh, kelab-kelab Major League Soccer sudah lama kehausan wakil menjulang trofi CONCACAF Champions League.
This is how @Tuzos advanced to the @FIFAcom #ClubWC #SCCLFinal pic.twitter.com/a0DpvKv9El
— Concacaf (@Concacaf) April 27, 2017
Kali terakhir wakil MLS memenanginya pada 2000, setelah itu banyak kelab Mexico menguasai kejohanan berprestij itu.
Dominasi mereka (kelab Mexico) ini hanya diganggu pada edisi 2004 dan 2005 apabila Costa Rica mempunyai wakil menjuarai kejohanan itu.
Bukan sahaja di peringkat kelab, malah di peringkat antarabangsa pun Amerika Syarikat masih dibayangi oleh kualiti yang dimiliki oleh Mexico.
Final 2017
Final CONCACAF Champions League 2017 adalah urusan 2 kelab Mexico iaitu di antara. Pachuca dan Tigres UANL dengan jaringan tunggal.
Pachuca berjaya menjuarai edisi kali ini. Gol dijaringkan oleh Franco Jara pada minit 83. Berikut merupakan ‘highlight’ perlawanan kedua pagi tadi.
Seminggu sebelum itu dalam perlawanan pertama, kedua -dua kelab terikat 1-1. Pachuca mendahului minit ke-3 melalui gol, Raul Lopez. Berikut juga merupakan sorotan perlawanan ‘first-leg’.
Ismael Sosa menjaringkan gol penyamaan untuk Tigres UANL pada minit 32.
Format final
Pasti pembaca tertanya, bagaimana format final CONCACAF Champions League?
Final ini diadakan dalam dua perlawanan timbal balik. Sekiranya agregat terikat seri, peraturan gol lawan akan digunakan.
Tetapi jika agregat gol lawan masih sama, perlawanan berlanjutan pada masa tambahan. Sekiranya masih seri, pemenang perlawanan akan ditentukan melalui sepakan penalti.
Layak ke UAE
Sebagaimana biasa, juara CONCACAF Champions League akan terbang menuju ke Piala Dunia Kelab FIFA. Edisi 2017 akan menyaksikan kejohanan ini akan diadakan sekali (lagi) di Emiriah Arab Bersatu.
Tetapi, setakat hari ini, masih lagi tiada wakil CONCACAF menjuarai Piala Dunia Kelab.
Kesimpulan
Mexico selalu menghantar wakil ke final dan memenanginya. Agaknya jika ada wakil Amerika Syarikat ke final, bagaimana Mexico nak bermain jika Donald Trump sudah arahkan pembinaan tembok pemisah?
Kita tidak menafikan, suatu hari nanti, dominasi dari kelab MLS dalam kejohanan CONCACAF Champions League, tetapi buat masa ini cerita itu masih di bayangan seteru mereka yang tidak semewah mereka.
Baca juga: Penyokong Tottenham Ini Cedera Teruk Dipukul Selepas Disangka Penyokong Chelsea