Visi Liga M Yang Mampu Buat Kita Pi Ke Piala Dunia!
Sapa kata Liga M ni sia-sia? Ini pemerhatian yang semua dah terlepas sebenaqnya termasuk Paklong Not dengan Makteh Rubiah untuk dinilai.
La ni kerap sangat orang dok hentam Liga Malaysia, kononnya depa kata tak dak hala tuju nak bawak pi mana dan lebih banyak benda buruk daripada yang elok.
Sebenaqnya, Mat Apit dah perasan satu benda yang Liga M ni dah tawarkan untuk bola sepak Malaysia sejak beberapa musim, tapi tak semua perasan pasal pakat sibuk nak menghentam benda yang tak berapa elok.
Ya paham, Mat Apit sendiri pun habih bosan dah dok dengaq cerita-cerita tak elok macam tunggakan gaji, kelab ada isu kewangan, import yang ada kadang serupa mangkaq ubi, gaya ja lebih.
Benda tak masuk lagi kadang jadual tukaq sana sini. Masalah-masalah ni buat kita bosan dan jadi sakit hati dah nak layan liga domestik.
Nilai positif yang bertaraf ‘hidden gem’
Jika kita perasan, sejak beberapa musim ni liga kita dah hasilkan ramai pemain naturalisasi untuk memperkukuhkan skuad kebangsaan.
Ya, hangpa imbas balik macam mana kita berjaya lahirkan Mohamadou Sumareh yang berjaya memberi impak cukup baik buat bola sepak Malaysia di posisi serangan.
Kira, Harimau Malaya dapat gunakan khidmat Sumareh tepat pada masa beliau sendiri tengah meletup di Liga M untuk suatu tempoh di pentas antarabangsa.
Ada sapa nampak impak Liga M masa tu buat Malaysia? Kalau ada pun mungkin sikit sangat. Yalah, kita banyak dok bising pasai pembangunan bakat tempatan sama masa tu. Rekod semasa Malaysia di pentas antarabangsa pun ketika tu tak dak la cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Makin ramai pemain dinaturalisasikan
Tak lama selepas tu, kita mai pulak dengan era Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, Sergio Aguero, Lee Tuck, Romel Morales, dan beberapa lagi nama lain yang mai daripada Liga M sendiri setelah depa lepas syarat ditetapkan.
Kalau ikutkan, tak la semua menjadi. Ada jugak yang sekadar jadi tempat maki penyokong sebab teruk sangat prestasi depa di pentas antarabangsa. Untuk terbaru, kita bakal menerima dua tonggak serangan, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo.
Daripada segi prestasi semasa, Bergson dan Hidalgo masing-masing berada dalam prestasi terbaik untuk dipertaruhkan bersama Harimau Malaya. Cuma untuk jangka masa panjang, mungkin Hidalgo mempunyai kelebihan berbanding Bergson.
Perkara perlu diperhalusi MFL dan FAM
Daripada sini MFL perlu memainkan peranan seperti mewajibkan kuota seorang import muda berusia 21 tahun ke bawah ditandatangani setiap kelab yang bertanding.
Tujuan ini dibuat supaya depa sendiri dapat mengenal pasti bakal pemain naturalisasi dengan lebih awal dan dapat digunakan untuk jangka masa panjang sebaik saja diberi status warganegara Malaysia.
Selain itu, FAM sendiri juga perlu bertegas untuk menjadi penasihat terbaik dekat kelab hat nak daftarkan pemain import kepada status naturalisasi ni.
Nasihat apa? Hanya import yang berkualiti buleh daftar dan bagi kepentingan terbaik ke Malaysia bukannya hat dah lanjut usia dan cuma buleh main 1-2 tahun saja lagi.
Jadikan Liga M lebih serius lahirkan pemain naturalisasi
Ini yang sebetuinya. Buat satu benda tu bersungguh-sungguh. Pastikan setiap kelab ada pemain import yang berkualiti dan kalau boleh usia masih muda demi jadikan saingan tempatan lebih berdaya saing.
Daripada jadikan naturalisasi sebagai langkah jangka masa pendek, kita tukaq kepada proses jangka masa panjang yang mampu bagi untung ke Harimau Malaya.
Jika benda ni konsisten, tak mustahil lagi ramai import muda berminat dan kelab tempatan jugak mudah nak tandatangani depa pada masa akan datang.
Piala Dunia kita mai!
Dengan kualiti fizikal import yang bertaraf antarabangsa, dipadankan dengan kualiti asas depa yang memang dah baguih sejak awal, tinggal kepada jurulatih saja nak bentuk depa ni lebih baik.
Peluang nak tembus ke saingan lebih tinggi macam Piala Dunia juga terbuka jika perkara ni kita bangunkan dengan lebih serius menerusi pelaburan yang dibuat.
Dah bertahun-tahun modal keluaq ke pembangunan akaq umbi tapi tak menjadi dan sikap rakyat kita sendiri jenih tak menyabaq.
Maka, inilah usaha terbaik yang boleh dibuat untuk bola sepak Malaysia. Bangunkan naturalisasi berkualiti untuk depa julang nama negara kita.
Visi ni dah buat, tapi tak ramai yang nampak dan rasanya ramai tak ambik serius lagi untuk bangunkannya jadi lebih baik. Tinggai depa nak teruskan atau selesa dengan gaya macam sekarang.






