Vinicius Jr. Diminta ‘Berambus’ Dari Real Madrid
Marah betul penyokong Real Madrid, sampai beberapa nama lagi diminta tinggalkan kelab tersebut.
Real Madrid secara rasminya telah pun tersingkir daripada saingan UEFA Champions League (UCL) 2025/2026, selepas mereka tewas secara agregat 4-6 di tangan Bayern Munich pagi tadi.
Pada aksi kedua suku akhir pagi tadi, Real Madrid sebenarnya berjaya memberi persaingan lebih sengit kepada kelab gergasi Jerman tersebut, jika dibandingkan perlawanan lalu.
Malah, skuad kendalian Alvaro Arbelo terlebih dahulu berjaya mendahului lawan, sebelum Bayern Munich kembali bangkit mencatat gol demi gol.
Berakhir dengan kekalahan 3-4 pada aksi tersebut, Real Madrid juga turut ditimpa malang menerusi layangan dua kad merah kepada pemain mereka, Arda Guler serta Eduardo Camavinga.
Kekalahan itu juga menjadikan hanya satu sahaja wakil kelab dari Sepanyol kini, Atletico Madrid yang berjaya melangkah ke pentas separuh akhir saingan berkenaan.
Vinicius jadi sasaran peminat
Di media sosial, kekalahan Real Madrid seolah sukar untuk diterima peminat dengan pelbagai cemuhan dilontarkan peminat kepada pasukan tersebut.
Nama Arbeloa antara yang dipersalahkan kerana beliau gagal memastikan aksi ditampilkan pasukan tersebut lebih agresif dan kreatif seperti kebiasaan ditampilkan mereka.
Malah pemilihan pemain tidak bersesuaian seperti Eduaro Camavinga dan kepercayaan yang terus diberikan kepada Vinicius Jr. menjadi asbab kegagalan Real untuk bangkit mengatasi Real Madrid.
Ada yang mencadangkan supaya Florentino Perez (Presiden Real Madrid) supaya menilai semula pemain-pemain kelab tersebut dan menyingkirkan mereka yang tidak memberi impak seperti Vinicius Jr.
Cadangan lain menyaksikan Real Madrid menilai semula pemain muda yang berpotensi penuh untuk memenuhi DNA diperlukan kelab dan bukan bersandarkan kepada statistik sahaja.
Statistik semasa Real Madrid merisaukan
The Galacticos gagal meraih sebarang kemenangan sejak empat perlawanan terakhir diharungi mereka dengan pasukan itu sekadar mencatat satu keputusan seri dan tiga kekalahan mengaibkan.
Jurang kedudukan semasa liga juga menyaksikan mereka dan pendahulu, Barcelona juga semakin jauh dan harapan kelab berkenaan untuk merebut gelaran juara semakin sukar kini.
Posisi pertahanan antara merisaukan, kerana mereka gagal melakar sebarang ‘clean sheet’ sejak tujuh perlawanan lalu dan sering dibolosi pada keadaan tidak dijangka ramai.
Apa perlu dilakukan?
Nengekalkan Arbeloa mungkin bukan tindakan bijak jika mereka mempunyai perancangan jangka masa panjang dan ingin kekalkan status selaku pasukan elit Eropah.
Suka atau tidak, Real Madrid perlu mendapatkan pengendali lebih berpengalaman yang mampu memberikan impak positif permainan di atas padang serta mengawal bilik persalinan pemain.
Selebihnya, pasukan tersebut perlu mencipta rombakan semula dalam kalangan pemain serta mula lebih awal daripada segi perancangan menandatangani tonggak-tonggak baharu bersesuaian.
Untuk musim ini, Arbeloa suka atau tidak perlu meneruskan sahaja segalanya yang masih ada dan cuba memperbaiki semula struktur permainan untuk kembali berada pada landasan tepat.





