Terima Kasih Kerana ‘Jahanamkan’ Impian Penyokong England!
Dah elok-elok ada peluang nak pergi final, mereka lepaskan peluang yang sangat cerah begitu sahaja.
England secara rasminya telah pun tersingkir untuk merebut kejuaraan Piala Dunia 2026, selepas mereka mencatat kekalahan 1-2 di tangan Argentina pagi semalam.
Jika tanya kepada mana-mana peminat bola sepak England, hanya satu perasaan sahaja mampu mereka gambarkan kini, suatu rasa sangat kecewa.
Bermula dengan mendahului juara Piala Dunia 2022 itu pada aksi separuh akhir tersebut, England tampil mengecewakan dan menutup angan-angan penyokong mereka dengan kekalahan cukup teruk.
Kekalahan tersebut dianggap teruk bukan kerana jumlah gol yang England lepaskan, tetapi atas sebab perubahan dalam permainan itu sendiri menjelang penghujung perlawanan.
Hanya disebabkan satu keputusan dibuat Thomas Tuchel sahaja, segalanya berubah buat England dan kini, mereka sekali lagi terlepas peluang untuk ke final.
Apa yang Tuchel lakukan?
Selepas mendahului Argentina menerusi ledakan Anthony Gordon, situasi permainan England tampak begitu ketara daripada segi perubahan transisi menyerang mereka kepada lebih bertahan.
Jika sebelum itu mereka menguasai permainan dan memberi tekanan tinggi kepada Argentina sehingga memperoleh gol, segalanya berubah dengan kebanyakan pemain England lebih gemar berkampung di kawasan sendiri dan intensiti pasukan itu juga bertukar perlahan.
Perubahan dilakukan Tuchel ini sangat ketara, sehingga peratus penguasaan bola lawan jauh meninggalkan England dalam usaha mendapatkan gol penyamaan semula.
Seperkara lagi, beberapa pertukaran pemain dilakukan beliau juga menjadi pertikaian ramai, kerana Tuchel dilihat jelas ingin menumpukan kepada siri pertahanan berbanding fokus mendapatkan gol tambahan.
Dan Burn dan Ezri Konsa masing-masing gagal memberikan impak yang lebih baik untuk memperkukuhkan pertahanan England sehingga pasukan itu mudah dibolosi dua jaringan.
Tuchel jahanamkan impian England
Di media sosial, seperti dijangka nama Tuchel antara paling teruk menerima kritikan ramai penyokong yang tidak berpuas hati dengan pendekatan jurulatih tersebut.
Malah, ramai menganggap Tuchel sebenarnya seorang yang penakut dan enggan mengambil risiko untuk terus menyerang dan bertahan merupakan langkah terbaik.
Desakan supaya Tuchel disingkirkan daripada terus mengendalikan England juga sudah mula berbunyi dengan mereka mengharapkan calon pengurus lebig berwibawa.
Segala kekecewaan ini jelas menunjukkan peminat sebenarnya mengharapkan aksi yang lebih bagus dan England telah pun melepaskan satu peluang terbaik untuk ke final.
Apapun, masih tiada sebarang kenyataan terbaharu mengenai status semasa Tuchel buat England pada masa akan datang di pentas antarabangsa.




