Menang ni gamaknya memang satu benda yang mustahil dah kot untuk Manchester United noh? Dia kalau boleh pi lajak sikit pun, seri. Kalau buah normal depa tiap minggu kalah la. Dah jadi norma dalam kehidupan.
Macam keputusan semalam, selamba ja Man United catat kekalahan lagi. Benda yang orang dah agak nak jadi dan orang susah nak jangka depa ni boleh menang. Nak ‘clean sheet’? Lagi jauh pi nak pikiaq.
Semalam, The Red Devils secara rasminya kekalahan cukup besaq di tangan Brentford menerusi keputusan 0-4. Luppp. Lingkup. Tu ja kita boleh kata. Dah la kalah pulak di laman sendiri, hadapan legenda depa yang turut mai tengok, Sir Alex Ferguson.
Ini jugak merupakan kekalahan kali kedua buat pengendali baru depa, Mauricio Pochettino selepas hadap tiga perlawanan, dengan jumlah bolos yang cukup-cukup besaq. Dah macam pasukan A1 yang mai pertama kali di Liga Super dah gaya.
Dalam lima perlawanan terakhir depa dalam saingan English Premier League musim ni, termasuk ketika era Michael Carrick, Man United cuma sekali catat seri. Lain-lain berakhir dengan kekalahan. La ni depa dah macam nak jadi penduduk tetap kat zon penyingkiran.
Apa jadi dengan perlawanan semalam?
Macam Mat Apit kata awai tadi. Luppp. Tak ada benda yang kita nampak nak boleh puji langsung, baik daripada segi corak permainan ataupun kualiti individu pemain, semua tak menjadi. Kita sendiri pun taktau apa lagi pendekatan yang Pochettino ni nak guna.
Ikut statistik perlawanan samalam, depa ni memang kuasai permainan, tapi tak ada hala tuju nak pi mana. Pusing pi mai dok ‘gelintey’ bola, takda arah. Kemudian kena rampaih, Brentford buat serangan balaih pantas nohh kena titik dengan gol.
Hangpa bayangkan, Man United cipta 25 percubaan sepanjang aksi tersebut, tapi yang peluang besaq depa dapat cuma 2 kali saja untuk hasilkan gol, dan yaa, haram satu jaringan pun tak terhasil.
Macam biasa, Diogo Dalot, Patrick Dorgu, dan Bruno Fernandes konsisten jadi mangsa maki akibat kualiti depa yang memang tak semenggah semalam untuk kita habaq. Kalau tulih satgi tak pasai bos Mat Apit buh amaran.
Sementelah tu jugak, Senne Lammens tu sendiri dah buleh dok bangku simpanan sat. Nampak motivasi dia betui duduk titik terendah dah tu. Tengok pada ‘body gestures’ dia pun tak seronok dah jadi mangsa bolos kerap.
Penyokong sedap buh!
Mau kalah, takkan la Amer Yoro dengan Sarel Maguire nak puji kan? Memang bertubi la kritikan demi kritikan depa bagi kat media sosial, dengan beberapa aspek teruih dijadikan tumpuan lepas aksi semalam.
Tapi tak salahkan penyokong, pemain yang ada dalam Man United tu bukan taraf cikai, tapi ramai bintang yang sepatutnya buleh bagi impak besaq buat pasukan, bukannya main macam taraf separa profesional. Sapa ja tak marah?
Selain tu, pengurusan tertinggi kelab pun teruih ditekan peminat dengan depa ni dianggap sebagai salah satu punca kenapa Man United menjadi begitu mangkaq ubi pada saingan musim ini dalam saingan domestik.
Bayangkan, musim lepas peminat disajikan dengan berita hat begitu syok apabila layak ke UCL, tapi kali ni Man United macam tak sabaq sangat nak main dalam kejohanan Championship sampai duduk zon penyingkiran.
Teloq pun ada guna buat masyarakat. Boleh guna nak ternak jadi ayam, buat goreng, atau sebagai salah satu bahan buat kuih mentekedarah petang-petang.
Yang Man United ni? Satu benda pun tak berguna selain dok kerap kena maki atas bawah sejak beberapa minggu lepas. Tak malu ka depa ni dengan teloq yang lagi banyak fungsi untuk masyarakat?






