Dia kalau penyerang jenih tak relaks setiap perlawanan kerja nak sumbat gol ni kadang kita sendiri teruja dan cuak sebenaqnya. Untuk Mat Apit la.
Hang teruja sebab nak tau sampai bila momentum dia ni boleh pi daripada segi kualiti permainan dan rekod gol hat dia boleh bubuh lagi tara liga nak tamat.
Tapi hang buleh jadi cuak jugak. Pasaipa? hang akan jadi mula terpikiaq tak ada mana-mana kelab atau pemain ka buleh hentikan kesurupan seseorang pemain ni daripada dok buh gol saja.
Macam zaman gemilang Cristiano Ronaldo dengan Lionel Messi dulu, tak sumbat gol depa dok tolong pemain lain suap bagi dapat jaringan sampai tak berenti.
Haaa, benda tu la Mat Apit dok nampak la kat Raphinha. Penyerang Barcelona ni dok buat kemaih sungguh sebaik tirai saingan 26/27 bermula. Reja dia? Sumbang sebanyak mungkin gol untuk kelab tu.
Statistik dia syahdu ya amat!
Bayangkan, Raphinha atau kita bagi nama manja dia, Fina ni baru ja main dalam 8 perlawanan awai musim 26/27 dengan Barcelona, termasuk dalam saingan UEFA Champions League (UCL).
Tapi dia punya padu tu, konsisten sumbang gol dan dapat rating cukup tinggi daripada Sofascore, kira bukan takat impak dadipda segi statistik jaringan, pengaruh Fina ni atas padang pun padu.
Selepas mengharungi lapan perlawanan, Fina dah pun merekodkan:
•14 gol
•3 ‘assist’
17 G/A daripada lapan perlawanan woi. Siap dua perlawanan berturut-turut lagi mat Brazil ni catat hatrik masa lawan Racing Club dengan Sevilla yang terbaru. Jenis takdak biaq punya.
Rating daripada Sofascore pun tak pernah lagi musim ni bawah daripada 7, semua konsisten tinggi siap dapat penarafan sempurna (10) sebanyak dua kali lagi.
Untung buat Raphinha dan Barcelona
Situasi Barcelona dengan Fina ni macam Tok Akob Semeling kata, “win-win situation”. Dedua dapat hasil yang kita kata cukup menguntungkan.
Barcelona sebelum tu dah hilang khidmat Robert Lewandowski dan Ferran Torres. Dua orang ni penyerang Barcelona musim lepas. Ikut pelan awai, Barcelona dok cangak nak dapatkan Julian Alvarez sebagai pengganti.
Pusing pi mai jadi drama sana sini, Alvarez kekal la dengan Atletico Madrid. Sebelum depa bawak Gabriel Jesus (ni pun bukan pelan selaku penyerang utama), Fina diberi tanggungjawab untuk posisi nombor 9.
Haaa, tau-tau menjadi baqhang. Dia punya kelam kabut buh gol tu macam takdak hari esok, dan reputasi Barcelona sendiri sangat-sangat menakjubkan.
Depa dah ledak 38 gol secara keseluruhan daripada lapan perlawanan dan 14 daripadanya mai daripada Fina sahaja. Tu kita tak sembang bab Lamine Yamal lagi.
Secara keseluruhan, Mat Apit teruja nak tau sejauh mana Fina ni boleh pi sampai ke penamat musim 26/27. Kalau bebas kecederaan, tak mustahil 40 G/A pun dia boleh buat.
Tapi tu lah, tak ada langsung noh nama dia dalam pencalonan Ballon d’Or? Ikut musim lepas kalau tak pasai kecederaan pun rekod dia baguih dah.





