Dalam beberapa hari ni, Mat Apit perasan punya la banyak penyokong di media sosial dok bincang atau bertengkaq pasai pemilihan pemain skuad Harimau Malaya untuk aksi akan datang tak lama lagi.
Baru-baru ni, Malaysia NT dah pun umumkan senarai pemain hat dipanggil bawah kendalian Tan Cheng Hoe untuk aksi menentang China dan Yaman di negara China sendiri. Depa tuan rumah la.
Jadi masalah dia macam biasa la, ada hat tak puaih hati punya dengan senarai pemain kali ni terutama sekali beberapa rombakan yang Malaysia sendiri buat dalam kalangan pemain.
Bergson da Silva takdak. Tapi yang ni hangpa nak hinga pasaipa? Dia memang cedera dah pun. Lepas tu ada la beberapa lagi bintang yang dok pukul naik masa aksi Piala Asean FIFA 2026 lepaih.
Pakej hat menarik, ada jugak beberapa pemain baru dipanggil. Ni positif. Kita nak tengok depa ni mampu atau dak untuk bersama skuad senior negara di pentas antarabangsa. Atau sekali tu ja panggil. Lepas tu, bye-bye!
Paling ramai dok bincang, pasai beberapa pemain hat depa anggap haram tak menyerlah pun musim ni tapi tetap dipanggil Tan untuk wakili skuad Harimau Malaya. Mata hang dengan mata coach mana sama. Tau la depa nilai!
Safawi senjata rahsia negara!
Haaa, tengok kenyataan atas ni hangpa ingat Mat Apit perli kan? Dak, ni benda betui la nah sebab dia memang dalam prestasi terbaik, dan dibuktikan dah semalam masa Kuching City tibai Gangwon dalam saingan AFC Champion League 2 (ACL 2).
Ya betul, Safawi sebelum ni macam lambat panaih dan tak berapa serasi lagi dengan Kuching City sampai ramai kritik zaman dia dah habih tak macam dulu-dulu.
Tapi depa lupa jugak, kelincahan Pawi ni dalam menggelecek bola mungkin makin kurang tapi buah penyepak dia depan gawang gol masih antara terbaik untuk anak tempatan era la.
Benda ni bukan cakap kosong, tapi dah terbukti dekat statistik dan kejayaan yang dia sendiri raih selaku pemain serangan cukup berbisa di hadapan gawang gol.
Musim lepas, Safawi berjaya raih gelaran selaku penjaring tempatan terbanyak Liga Super dengan beliau rekodkan 13 jaringan secara keseluruhan dengan KL City. Dok sebaris import-import handalan tu.
Pertaruhan terbaik Tan
Tang sini kita kena puji, Tan tak bawak Safawi sertai kem kebangsaan untuk sertai mana-mana kejohanan, tapi bagi masa ke pemain tersebut buktikan terlebih dahulu yang dia masih layak untuk Harimau Malaya. Tanpa tekanan tinggi.
Kena ingat juga, Safawi ni antara pemain yang masih lagi aktif untuk cipta rekod selaku antara penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Harimau Malaya. Kalau dia skor sebijik lawan China atau Yaman nanti, auto rekod dia dah sama dengan Safee Sali dengan 23 gol buat Malaysia.
Musim ni, prestasi Safawi mungkin sikit bergelut pada awai musim. Tapi, setakat la dia bukannya tumpul sangat. Beliau dah pun ledak 5 gol sebenaqnya buat Kuching City dalam saingan domestik serta Asia.
Kelebihan Safawi buat Malaysia
Pengalaman Safawi tu sendiri penting untuk skuad kebangsaan. Dia dah tau selok belok saingan antarabangsa. Bab tekanan pun dia dah boleh hadap dengan baik. Tinggal peluang ke dia nak ledak gol atau dak ja.
Selain tu, Safawi ni jugak boleh mainkan peranan di beberapa posisi berbeza dan sudah pun terbukti yang beliau cepat beradaptasi ikut kesesuaian diri atas padang. Yalah, kalau kelakuan dan skil gelecek makin kurang, sahih la Pawi ni pikiaq panjang nak ubah dari tempat selesa demi kekal relevan.
Sepanjang rekod dengan Malaysia, beliau dah pernah bermain di posisi sayap kanan, sayap kiri, tengah serangan, serta penyerang utama, dan semua tu ada sumbangan tersendiri untuk Harimau Malaya.
Sebab tu Mat Apit kata awai dekat tajuk bab senjata rahsia. China dan Yaman takkan boleh jangka Safawi akan main di posisi mana dan bila dia akan berada pada kedudukan tepat untuk merembat gol!







