Kalau kita nak sembang pasai pemain tempatan paling berpengaruh la ni, dah tentu semua akan sebut bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang kini sedang memuncak dalam karier dan statistik cukup-cukup memukau.
Hang nak nafikan macam mana pun, Arif dah buktikan dia pemain tempatan yang cukup padu sekarang. Baik di pentas domestik atau saingan tertinggi Asia, beliau dah tapau segalanya.
Cukup hangpa tengok statsitik Arif sendiri musim ni, cukup gerun daripada segi sumbangan gol beliau buat Harimau Selatan dan melampaui import-import kelab berkenaan. Benda ni bukan semusim dua dia buat, tapi dah lama dia KONSISTEN bersama JDT.
“Pasaipa Mat Apit ni tulih huruf besaq semua? Typo jari gemuk ka apa?”
Dak, saja Mat Apit nak tekankan pasai konsistensi tu. Benda yang tak ramai pemain tempatan ada. Kadang nampak semua elok dah, tapi masuk musim-musim seterusnya mula hilang arah, main pun taktau apa benda kita nak cakap. Penyudah, hilang teruih.
Tak ramai pemain tempatan kita sebenaqnya yang cukup kuat daripada segi mentaliti depa untuk kekal konsisten. Kadang jenis cepat selesa pun ya jugak. Pembangunan tu boleh lagi, tapi akhir sekali kekal statik.
Ramadhan Saifullah perlu dipuji
Tapi, ada seorang pemain ni yang Mat Apit perasan, cukup konsisten dan menyakinkan sejak beberapa musim di posisi serangan, Ramadhan Saifullah yang tengah giat bersama Kuching City.
Semenjak penyertaan Ramadhan bersama Kuching City pada musim 24/25, beliau tak ambik masa panjang nak pastikan posisi serangan kelab tu hidup dengan gerakan lincah yang cukup padu selain berbisa depan gawang gol.
Konsistensi tu, beliau teruskan lagi pada musim lepas. Nampak Ramadhan makin selesa dan tau kehendak Aidil Sharin kat atas padang. Sup sap sup sap dia lari potong pertahanan lawan tu tak kosong, nampak dia tenang dan bijak jadikan peluang dapatkan gol tu cerah.
Tau-tau 21 sumbangan gol dah dia buat musim lepas buat Kuching City dan bantu pasukan tersebut buat pertama kali pi main dalam kejohanan kedua tertinggi Asia bagi musim ni.
Masuk musim ni? Ramadhan yang kita tau dah memang ada pengalaman dengan JDT kat pentas Asia gunakan segala yang ada untuk bantu Kuching City. Prestasi kelab mungkin ada naik turun dalam saingan ACL 2, tapi konsistensi beliau berada pada tahap berbeza.
Setakat la, Ramadhan dengan kacaknya dah sumbang 8 gol dalam 16 penampilan awai bersama Kuching City bagi musim 26/27. Beliau jugak sentiasa menjadi pilihan utama untuk bagi pertahanan lawan berselerak menerusi kelincahan dia yang persis ikan keli liaq dalam sungai.
Sumbangan besaq Ramadhan ditagih buat Malaysia
Ya, nama beliau lekat kali ni untuk skuad Harimau Malaya yang akan berdepan China dan Yaman dalam aksi persahabatan bakal berlangsung tak lama lagi dah. Ramadhan ni antara cukup mencuri tumpuan.
Tanpa kelibat Arif, sepatutnya penyokong toksah risau sebab Ramadhan pun antara pemain cukup konsisten kebelakangan ni di posisi serangan dan ada kualiti cukup besaq untuk disumbangkan kepada Harimau Malaya.
Benda yang ramai mampu buat macam Arif, tapi Ramadhan buktikan dia pun boleh dan ada nilai tersendiri untuk membantu pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa. Bagi peluang kepada anak tempatan lain sama buktikan kemampuan depa.
Selain tu, A. Selvan jugak kena diberi perhatian, setakat la dia konsisten dengan Selangor di pentas domestik dan beliau kena buktikan kepercayaan diletakkan oleh Tan Cheng Hoe tu berbaloi.
Apapun, hang kalau terer lagu mana pun sepak bola, tapi gagal pertahankan konsistensi tu, susah la nak main dalam jangka masa panjang dan kekal relevan.
Di pentas antarabangsa, hangpa boleh tengok Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai contoh lagu mana depa kekal relevan sebab konsistensi tu mampu dipertahankan sampai la ni.
Di Malaysia ambik contoh Arif Aiman yang buktikan anak Malaysia pun boleh berjaya kalau mentaliti hang kuat untuk terus konsisten setiap musim dan kekal relevan sampai beberapa musim lagi.






