PSJ Adalah 'Kambing Hitam'
Beberapa pendedahan PSJ menyaksikan FAM betul-betul bermasalah dalam menguruskan hal bola sepak negara.
Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor (PSJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tampaknya terus lantang bersuara kini di media sosial dengan beberapa pendedahan menarik.
Terbaharu, baginda tampil menyatakan masalah-masalah yang pernah ditimbulkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), termasuk beberapa naratif cukup menarik untuk kita ketahui.
Malah, baginda sendiri turut menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh FAM sendiri ketika menguruskan dokumentasi tujuh pemain yang gagal dibuktikan selaku warganegara Malaysia.
FAM mahu guna pengaruh PSJ
Menurut PSJ, beberapa orang dari FAM pernah meminta bantuan baginda daripada segi projek, serta mengelak daripada disiasat oleh SPRM demi memastikan nama mereka sentiasa bersih.
“Beberapa orang dlm FAM memang tak puas hati dengan saya dari dahulu kerana tak boleh buat duit.
“Ada beberapa yg datang minta saya tolong nak dapatkan projek, ada juga yang datang minta tolong tak di siasat SPRM dan macam-macam.
“Tetapi ramai yg kecewa apabila Kerajaan membantu beri dana kepada National team. Ramai tak puas hati kerana ada yang tak terlibat,” ujar baginda di media sosial X.
PSJ mangsa sabotaj
Pada masa sama, PSJ turut menyatakan beberapa siri sabotaj turut dilakukan atas rasa tidak berpuas hati dengan pendirian baginda dalam dunia bola sepak.
“Ramai tak puas hati kerana ada yang tak terlibat. Jadi secara senyap berjumpa Ultras Malaya, beberapa orang media, dan beberapa orang dalam social media.
“Untuk mula campaign sabotage dan menggunakan pelbagai naratif,” jelas baginda lagi menerusi pendedahan berkenaan.
Isu tentang CAS dan 7 pemain
“Case FIFA adalah case forgery. Bukan eligibility kerakyatan, tetapi forgery dan document submission.
“Siapa yg buat wrong submission? Agent dan siapa dalam FAM? Mengapa tak submit document yg legit dari JPN? Kerana nak selamatkan orang dalam, pemain dipersalahkan.
“Semasa argument dalam hearing CAS pihak FIFA pun tak boleh jawab apabila ditanya mana bukti players terlibat atau bersubahat,” ulas baginda.
Pada masa sama, baginda juga bertegas mahu mereka yang berada pada tempat sepatutnya bertanggungjawab akan hal ini dan tidak menjadikan PSJ sendiri selaku kambing hitam untuk melepaskan diri daripada peminat.
“Orang dalam patut bertanggungjawab. Bukan lepas tangan dan gunakan penyokong dan media untuk jadikan saya kambing hitam, ulas PSJ lagi.





