PPV Tak Boleh Jalan Sebenaqnya Kat Liga Malaysia
Cadangan menggunakan PPV (Pay Per View) di Liga M ni baguih, tapi susah nak jalan sebenaqnya.
Baru-baru ni, kita dengaq dah cadangan daripada Duli Yang Amat Mulia, Pemangku Sultan Johor (PSJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tentang cadangan penggunaan sistem PPV di Liga Malaysia (Liga M).
Cadangan baginda, penggunaan sistem tu dikatakan mampu menyelesaikan masalah kewangan yang kebanyakan kelab dok hadap sebelum ni selain bertujuan bagi balik bola sepak kepada rakyat.
Usul ni keluaq masa perbincangan meja bulat yang MFL buat sebelum ni dan turut ada sama wakil-wakil kelab bertanding untuk masing-masing pi bagi buah pendapat.
Pada Mat Apit, cadangan ni baguih. Kadar bayaran setiap langganan pun cuma RM15 sebulan. Bukan setiap perlawanan tau. Sebulan!
Tapi itulah, rakyat kita ni kebanyakan jenih sembang ja sokong tang mulut. Tapi bab nak tolong kelab atau naikkan kewangan pasukan haram susah nak berjalan.
Iflix pernah gagal
Hangpa ingat lagi dak tentang Iflix? Ya, aplikasi yang cipta kerjasama dengan Liga M pada musim 2018 dulu yang siarkan aksi siaran langsung Liga Super, sesetengah Liga Premier, dan kejuaraan domestik dengan langganan RM10 sebulan.
Awal tu rancak, lama-lama ada ‘kutu’ yang mula dok rakam secara haram untuk tontongan penyokong lain secara percuma. Mudah kerja kan? Halal haram tolak tepi dulu.
RM10 pun penyokong tak bayaq masa tu. Padahal Iflix dan bagi akses percuma awai tu sebelum depa buat langganan. Pun tak jadi.
Penyudah, benda tak tahan lama. Iflix sendiri pun dilaporkan ada masalah masa tu dengan Liga M sampai benda jadi berantakan habih.
Maka, aksi-aksi Liga M kembali ke televisyen semula untuk tontonan penyokong tanpa perlu depa nak langgan dan tengok secara atas talian lagi macam sebelum tu.
Cadangan baharu bernas, tapi penyokong pulak hauk!
Trend bola sepak kat Malaysia ni sebenaqnya belum sebati lagi nak jadi satu budaya dalam kalangan rakyat macam di Eropah.
Nak mai stadium pun jenih berkira, padahal tiket kadang tak sampai RM20 pun. Bayaq pun untuk pasukan depa jadi lebih baik pada masa akan datang.
Tapi susah nak buat. Yang tau, pung pang pung pang tang media sosial. Mulut kata sayang, hati dok berdalih. Macam hang la dengan marka kat luaq sana tu.
Merchandise/jersi pun susah nak jalan, kita beli tapi sambaq yang tiruan. Sebab apa? Murah. Janji pakai habaq kata sayang pasukan.
Yang barang ori pulak dah bersawang kat kedai rasmi sebab penyokong ramai buat-buat tak nampak. Ya lah, RM100 dengan RM15 mana beza sangat. Habih kuat benang tercabut sikit.
Drama luaq lebih, orang bosan
Kalau tak pasal masalah gaji, kelab pi perkecil bajet, kesan dia dekat prestasi pasukan la atas padang yang penyokong sendiri nak tengok.
Siapa nak bayaq kalau pengurusan kebanyakan kelab sendiri pun bermasalah sana sini. Tak kira isu politik dalaman lagi.
Orang nak tengok drama atas padang. Naratif pasukan macam ‘rival’ atau kualiti pemain yang berkualiti tinggi. Baru berbaloi.
Hangpa bayangkan, bayaq duit semata nak tengok aksi lambung dan hambat macam zaman 80-an, pemain import dengan tempatan pun tak ada beza.
Mana-mana depa kutip kadang tu pun tak tau. Bukak Google nak cari statistik pun sendu. Sauk dengan bagi alasan murah ja. Main macam dejei pun tak apa.
Hat nak kena hadap tengok ni kita. Yang percuma siaran langsung kat tv pun kita boleh katup, hangpa boleh bayangkan kalau dibuat secara PPV.
Cadangan cun tapi mentaliti penyokong masih kat belakang
Secara keseluruhan, cadangan PSJ ini cukup menarik untuk diperkatakan kerana jika berjaya, kewangan setiap pasukan mampu menjadi bertambah baik.
Isu tunggakan pun kita mungkin tak dengaq lagi pada masa hadapan. Cuma pemahaman secara mudahnya sekarang ni, penyokong kita masih lagi jauh ke belakang nak sokong perkara macam ni.
Tambahan pulak, geng-geng yang suka buat ‘streaming’ haram pun ramai. Nak banteras secara penuh tu susah. ‘Enabler’ dalam kalangan penyokong pun ramai.
Alasan mudah: “kami tak mampu” atau, “malas la nak ‘langgan. Leceh nak daftar bagai. Ni benda cemei ada layan ja la.”
Jadi pada Mat Apit, PPV ni kalau berjalan pun tak akan lama. Tak masuk kerenah MFL sendiri lagi nak pastikan sistem disediakan kepada penyokong tu berjalan lancar atau ada masalah nanti.
Mau sampai 3-4 perlawanan masih dok sangkut atau masalah-masalah lain jadi, penyokong yang sedia ada dok langgan pun boleh lari. Siap pakej maki kaldai akaq lagi.
Akhir sekali, bola sepak tu bukan pada rakyat dah lagi kalau rakyat sendiri pun susah nak sokong pasukan secara konsisten.






