Skuad Harimau Malaya bakal mengharungi aksi pertama mereka dala saingan Piala FIFA Asean 2026 Jumaat ini, dengan menghadapi cabaran daripada Bangladesh.
Sebelum itu, Tan Cheng Hoe selaku pengendali utama negara telah pun meletakkan senarai pemain yang dipanggil untuk memperkukuhkan pasukan negara dalam kejohanan tersebut.
Beberapa muka baharu turut dipanggil pada kali ini dengan melibatkan Brad Tapp (warisan), Manuel Hidalgo (naturalisasi, serta penyerang sensasi, Bergson da Silva (naturalisasi) yang dianggap mencuri tumpuan ramai.
Walaupun begitu, Tan sendiri tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan menerusi beberapa pemain yang menjadi pilihan beliau pada saingan kali ini.
Bermula dengan isu Wan Kuzain yang tidak disenaraikan skuad kali ini, ramai mula mempertikaikan kewibawaan jurulatih berkenaan buat negara.
Harith Haiqal dipersoal
Sebelum itu, kem kebangsaan dilaporkan terpaksa melepaskan khidmat Romel Morales, Sergio Aguero, dan Faris Danish yang dilaporkan mengalami kecederaan.
Sebagai pengganti, Tan memanggil calon simpanan terdahulu, Syahir Bashah, Harith Haiqal, dan Paulo Josue untuk menyertai tonggak-tonggak utama di kem kebangsaan.
Pertikaian mula muncul, apabila sesetengah peminat tampak kurang senang dengan kelibat Harith Haiqal selaku salah seorang pertahanan tengah Harimau Malaya.
Ini kerana Harith dilihat telah memberi mimpi buruk buat sesetengah penyokong kebangsaan yang melihat aksi-aksi beliau ketika mewakili skuad Harimau Malaya sebelum itu di pentas antarabangsa.
Malah, ada penyokong yang turut memberi saranan supaya pertahanan Selangor ini tidak diberi peluang beraksi untuk mengelak Malaysia berdepan masalah pada aksi-aksi akan datang.
Untuk rekod, Harith telah pun mencipta 13 penampilan secara keseluruhan buat skuad senior negara dan turut mencetak satu gol, selain mendapat hanya sekali sahaja layangan kad kuning.
Paulo Josue turut kena tempias
Pada masa sama, nama Paulo Josue dan Syahir Bashah sendiri turut menjadi mangsa kritikan penyokong yang menganggap kedua pemain berkenaan tidak relevan buat pasukan kebangsaan.
Walaupun begitu, Josue sebenarnya masih menjadi satu percaturan terbaik buat kem kebangsaan, kerana momentum semasa beliau masih cukup menyakinkan.
Untuk Syahir Bashah, prestasi beliau juga boleh dianggap bagus bersama Selangor sejak musim lalu, dan penyokong mungkin perlu memberi ruang untuk melihat dirinya di atas padang.
Apapun, Tan mempunyai misi penting untuk memastikan Malaysia meraih keputusan positif serta memperagakan corak permainan menyakinkan supaya mulut-mulut pengkritik dapat ditutup.
Jika sebaliknya berlaku, FAM mungkin perlu mengambil langkah pantas untuk memastikan pasukan negara tidak menjadi mangsa amukan para penyokong.





