Selepas tampil serba tidak begitu menyakinkan pada awal musim 2026/2027, akhirnya Chelsea merasai kekalahan kali kedua mereka di pentas EPL.
Awal pagi tadi, skuad kendalian Xabi Alonso bertandang ke Stadium Komuniti Brentford untuk berdepan pasukan tuan rumah dalam misi mendapatkan tiga mata penting semula.
Namun, segala perancangan Xabi dilihat tidak menjadi dan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 di tangan Brentford walaupun tampil menguasai permainan.
Tanpa beberapa pemain utama yang masih dihantui siri kecederaan, termasuk kelibat penyerang berbisa mereka, Joao Pedro, Chelsea seolah mati akal untuk menghadapi lawan.
Kelemahan pasukan itu juga sangat ketara di posisi pertahanan yang menyaksikan beberapa peminat meluahkan rasa tidak puas hati akan pendekatan digunakan oleh Xabi.
Percaturan Xabi dianggap merapu
Pada aksi berkenaan, Xabi menggunakan formasi yang sama seperti mereka pertaruhkan pada perlawanan-perlawanan terdahulu dengan mengekalkan tiga pertahanan.
Di posisi tengah pagi tadi, pengurus berkenaan mengambil langkah cukup berisiko apabila menggunakan pemain senior, Jordan Henderson bersama bintang muda, Valentin Barco yang dianggap gagal membuahkan sebarang hasil.
Kehilangan Reece James dan Joao Pedro amat dirasai pada perlawanan tersebut kerana mereka antara yang memberi keseimbangan ketara untuk pertahanan dan siri serangan.
Penggunaan formasi 3-4-3 pada aksi berkenaan jelas tidak memberi sebarang kelebihan buat Chelsea selain mimpi buruk krpada pasukan tersebut, selepas beberapa kali siri serangan pantas Brentford mengkucar kacirkan bentuk pertahanan pelawat.
Pada masa sama, Chelsea juga terpaksa sedar kesan kehilangan Enzo Fernandez yang menyertai Manchester City musim ini cukup besar buat pasukan berkenaan daripada segi kreativiti dan ketajaman.
Statistik bolos Chelsea menyeramkan
Walaupun dibarisi ramai pertahanan bertaraf bintang serta penjaga gol berkualiti tinggi, ianya tetap gagal membantu masalah Chelsea yang begitu mudah dibolosi musim ini.
Baik, kalau kita bercakap di pentas EPL sahaja, Chelsea menjadi pasukan paling banyak dibolosi kini dengan mereka sudah melepaskan 12 gol dalam lima perlawanan sahaja.
Itu merupakan jumlah paling tinggi daripada 20 kelab bertanding dan Chelsea sudah memintas rekod bolos semasa Coventry City kini yang berada di kedudukan terakhir EPL.
Daripada tujuh perlawanan diharungi termasuk EFL Cup, mereka hanya mencatat sekali sahaja ‘clean sheet’ ketika bertemu Luton Town menerusi kemenangan 2-0.
Xabi Alonso dikritik
Di media sosial, ramai penyokong Chelsea meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pendekatan digunakan oleh Xabi buat The Blues pada musim ini.
Malah, ada yang menyifatkan Xabi sangat degil untuk meneruskan formasi dan pendekatan sama walaupun ianya dianggap tidak berkesan sejak beberapa aksi lalu.
Pada masa sama, mereka turut mempersoalkan Xabi yang meletakkan kepercayaan kepada beberapa pemain yang dianggap langsung tidak menyakinkan walaupun ada tonggak-tonggak lebih berkualiti di bangku simpanan.
Seperti dijangka, persaingan EPL menjadi sesuatu yang mencabar sebenarnya buat Xabi dan beliau perlu memikirkan sesuatu yang lebih baik jika ingin terus mendapat kepercayaan para penyokong.





