Penyokong Arsenal Anggap Reece James Buang Masa Bersama Chelsea
Tak salah beri pandangan, tapi tengok juga bagaimana pencapaian James bersama The Blues.
Nama Reece James terus menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia di media sosial kini, dengan terbaharu beliau sah menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea.
Menurut laporan, pertahanan kental The Blues itu mengikat kontrak lanjutan baharu sehingga ke tahun 2032, yang menyaksikan pengurusan terus memberikan kepercayaan buat James.
Bercakap tentang James, ramai mengakui beliau antara pemain era baharu Chelsea yang cukup berpengaruh di atas padang menerusi kualiti kepimpinan dan impak permainannya daripada segi pertahanan dan serangan.
Sepanjang bersama Chelsea, James telah pun merekodkan 225 penampilan dan menyumbang 47 jaringan buat pasukan tersebut dalam semua kejohanan disertai.
Suatu angka cukup menyakinkan untuk seorang pertahanan kanan yang kadangkala kerap dilanda isu kecederaan. Tetapi setiap kali James beraksi, ianya jarang mengecewakan.
James buang masa bersama Chelsea
Ya, itu merupakan antara kenyataan dikeluarkan oleh sesetengah penyokong Chelsea mengenai masa depan James bersama kelab tersebut.
Menurut pemilik akaun Omah of Arsenal di media sosial X, beliau menganggap pertahanan berusia 26 tahun tersebut bakal membuang masa selama enam tahun bersama Chelsea yang mungkin hanya beraksi di pentas Conference League.
Malah, di ruangan komen ada turut membandingkan James bersama pertahanan Arsenal, Jurrien Timber yang jauh lebih baik berbanding pertahanan England berkenaan.
James lebih berjaya berbanding Arsenal
Jika dilihat daripada segi pencapaian, James sebenarnya tampil dengan kejayaan cukup memberansangkan sejak beberapa musim ini bersama Chelsea.
β’UEFA Champions League 2020/2021
β’UEFA Conference League 2024/2025
β’UEFA Super Cup 2021
β’FIFA Club World Cup 2021 dan 2025
Jadi, penilaian tentang James membuang masa bersama Chelsea boleh dianggap cukup mengarut kerana beliau sudah mendakap banyak trofi berprestij.
Malah jika dibuat perbandingan bersama Bukayo Saka yang merupakan tonggak Arsenal dan turut memulakan karier lebih kurang sama seperti James bersama skuad senior, masih lagi pertahanan England itu melampauinya.
James berjaya dan konsisten
Suka atau tidak, sukar untuk kita nafikan tentang sumbangan dan kejayaan James kini bersama Chelsea dan beliau sendiri antara pemain bola sepak Eropah yang sangat berjaya daripada segi pencapaian trofi.
Walaupun Chelsea berada di bawah Arsenal kini di pentas EPL, rekod lalu beliau tidak boleh diperkecilkan kerana pemain berkenaan suda membuktikan beliau sudah berjaya.
Perbandingan dibuat juga boleh dikatakan cukup merapu, dan Arsenal sendiri sebenarnya perlu membuktikan mereka layak menjulang mana-mana trofi dahulu musim ini.






