Penang Jangan Dok Nganga Lambat Sangat
Depa ni bukan tak baguih, tapi sedia ikut skrip sama tiap-tiap musim. Mau penyokong tak sakit hati.
Baru ni, Mat Apit macam biasa bukak tv dan jadi penyokong tempatan kebanyakan kita pi layan aksi akhir kedua MFL Challenge Cup 25/26 antara Sabah dan Penang.
Aksi sebelum ni kita tengok memang sedap. Ada ‘material’ final yang buatkan kita dup dap dup dap! setiap minit nak tengok masing-masing lawan mengasak antara satu sama lain.
Tengok aksi kedua ni, sungguh. Memang syok layan dan berbaloi tunggu sebab depa pi heret sampai penentuan sepakan penalti nak tau sapa pemenang.
Buah kecewa dengan tokak jari
Buah penyudah, kem Penang gigit jari lagi nak rasa trofi kejuaraan musim ni lepas depa kalah di tangan Sabah menerusi penentuan sepak penalti. Pedih. Tapi tu la bola sepak.
Kalau dok baca di media sosial, Mat Apit tau ramai penyokong Penang kecewa. Mana taknya, depa ni dapat tengok trofi pun masa 2020 dulu. Ketika pasukan tersebut jadi juara Liga Premier.
Lepas tu? Apa pun tak buleh. Rombakan dah buat sana sini. Awai nampak harapan tu ada, buah hujung lup macam kita sendiri dok tengok tiap-tiap musim.
Jangan nganga, mula awai
Walaupun liga kita masih lagi dok berlangsung, Mat Apit dok harap pengurusan Penang jangan lengai dan mula awai dalam menyusun atoq pasukan balik daripada benda kecik sampai ke besaq.
Makna kata, dengan kewangan yang ada dan dijangka akan masuk, Penang toksah melaboq sehabih-habihnya, tapi bijak menggunakannya untuk mendapatkan pemain selain mencari penaja.
Ada penaja besaq, makna kata pendapatan makin besaq, bila kantong koi banyak, maknanya makin senang nak dapatkan pemain lebih elok.
Pemain import jangan dok ambik ikut suka
Sembang bab pemain ni, Penang la Mat Apit dok perasan suka sangat ambik import yang kadang-kadang langsung takdak guna ataih padang. Setaraf atau lagi teruk pada tempatan.
Apa punya ‘suwey’ kadang tu kita tengok Penang sejak beberapa musim ada saja masalah import. Tak pi penyerang, dia main ikut pertahanan, kalau dak majai di posisi tengah.
Macam musim ni, pemain macam Erick Brendon, Lim Inkyu, OJ Porteria, Kamil Amirul, dan Bruno Suzuki ni antara yang ada tak bertambah, tak ada pun kita kata tak dak nak berkurang.
Tambah-tambah Lim Inkyu. Tak tau apa fungsi pengurusan Penang ambik dia tanpa kita tau impak dia boleh bagi dekat pasukan. Merugikan kuota.
Cadangan palatau semesta alam
Selaku pemerhati yang tak tau sepak bola, Mat Apit cuma harapkan Penang kekalkan lagi Dylan Wenzel-Halls, Faith Obilor, dan Stefano Brundo. Tchetche Kipre kalau mau jugak boleh jadikan dia sebagai pilihan kedua tapi bukan tonggak utama.
Apa yang Penang boleh buat untuk musim depan dah tentu rekrut pemain yang betul-betul bertindak sebagai jeneral atas padang dari posisi tengah. Tukang atoq yang bagus dan mampu buat hantaran-hantaran berkualiti.
Kesian kalau kita tengok Dylan musim ni. Dia yang atoq, dia jugak kena gerak serangan, dia juga tukang perabih depan pintu gol. Nampak lompong tengah tu.
Tanpa harapkan Penang dan bagi balik Coutinho kepada kelab lama beliau, depa perlu dapatkan seorang penyerang yang klinikal dan menjadi pasangan terbaik buat Dylan di atas padang.
Selebihnya apa lagi?
Rasanya tak ada apa dah. Wan Rohaimi boleh dikekalkan. Nampak beliau makin serasi dengan pasukan, cuma kualiti pemain tu yang membataskan semuanya.
Untuk kategori tempatan, Penang kena bertindak awal atau cuba pinjam mana-mana pemain bersesuaian untuk menjadi tonggak utama atau ‘backup plan’ dalam percaturan taktikal.
Safawi Rasid ni antara pilihan yang baguih kalau KL City tak sambung tempoh pinjaman dia pada musim hadapan.
Import tu ya dah. Tapi slot tempatan pengurusan kena cakna awal dan jangan ambik ringan. Sebab depa kuota lagi ramai dalam pasukan.
Selebihnya tak ada apa, Mat Apit doakan terbaik untuk mamu-mamu kita bagi persediaan musim akan datang.






