Penang Bawa Reputasi Besar Sebelum Hadapi Kuching City
2026 nampaknya jadi tahun kebangkitan buat Penang musim ini, selepas mereka tampil serba tidak menjadi sebelum itu di Liga Malaysia (Liga M).
Jika kita imbas kembali awal musim 2025/2026, mereka hadir dengan serba tidak menjadi walaupun ada beberapa rombakan besar telah dibuat dalam kalangan pemain.
Disebabkan itu, beberapa rungutan dibuat oleh penyokong Penang yang menuntut ada perubahan mampu dibuat untuk menaikkan kembali prestasi semasa pasukan berkenaan.
Memasuki 2026, Penang bangkit dengan aksi lebih tersusun bawah kendalian Wan Rohaimi di segenap posisi.
Sehingga kini, mereka masih belum tewas dalam tiga perlawanan awal tahun ini, serta meraih kemenangan berturut-turut ketika berdepan Terengganu, Melaka, dan Kuching City di pentas Liga Super.
Lebih menarik, Penang masih lagi belum dibolosi dalam tiga perlawanan tersebut untuk menggambarkan prestasi semasa mereka berada pada tahap cukup menyakinkan kini.
Terarah kepada Kuching City pula, pasukan ini masih lagi segar dengan kekalahan 1-2 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini di pentas Liga Super.
Tetapi secara keseluruhan, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak masih lagi berbahaya ekoran kualiti para pemain dan corak permainan tersusun mereka untuk menghadapi cabaran Penang.
Dengan beberapa rombakan dibuat Aidil musim ini, prestasi pasukan tersebut tampil dengan cukup baik di pentas Liga Super serta Piala FA dan beberapa keputusan positif terhasil ketika menentang kelab gergasi tempatan lain.
Rekod pertemuan kedua pasukan tersebut pada musim ini berakhir dengan keputusan seri 1-1 ketika aksi berlangsung di Stadium Negeri Sarawak bersama aksi cukup sengit ditampilkan.
Bagi perlawanan pertama Piala Malaysia buat kedua pasukan tersebut musim ini, Kuching City jelas tidak boleh mengambil mudah akan cabaran Penang, ekoran beberapa penambahan pemain baharu dilakukan mereka.
Malah, Penang juga berkelebihan bermain di halaman sendiri yang tentunya akan menambah semangat mereka hari ini untuk cuba mengatasi cabaran pasukan pelawat.
Daripada segi persediaan, mungkin Penang sendiri perlu menambah sengat daripada segi kreativiti untuk cuba merosakkan disiplin pertahanan Kuching City bagi mendapatkan gol.
Buat Kuching City pula, mereka perlu memberi fokus penuh dan tidak terleka di posisi pertahanan seperti apa dilakukan ketika kelab berkenaan menentang cabaran JDT.
Apapun, kami menjangkakan aksi sengit bakal berlaku dan kedua pasukan tersebut terbuka luas daripada segi peluang untuk mendapatkan kemenangan berharga.
Pandangan anda?




