Olise Jauh Lebih Bagus Berbanding Mbappe
Lain macam betul reputasi Olise musim ini untuk kelab atau negara. Patut la ada yang anggap dia layak julang Ballon d'Or!
Perancis patut bersyukur kini, kerana mereka memiliki begitu ramai pemain berkualiti tinggi di segenap posisi untuk hadapi saingan Piala Dunia 2026.
Sejak beberapa aksi persahabatan lalu, finalis 2022 ini menunjukkan kepada semua mereka masih lagi menjadi antara negara terkuat dalam dunia bola sepak menerusi kualiti permainan ditampilkan.
Baik daripada segi pemain kesebelasan utama atau simpanan, segalanya tampak seimbang dan cukup untuk menjadi sala satu pasukan pilihan menjuarainya musim ini.
Salah seorang pemain tumpuan kali ini sudah tentu terarah kepada Michael Olise yang menunjukkan prestasi cukup hebat terdahulu bersama Bayern Munich sebelum menyerlah buat Perancis.
Rata-rata menyatakan ini merupakan detik terbaik buat Olise untuk terus mengukuhkan diri selaku calon pemenang Ballon d’Or setelah cemerlang bersama Bayern Munich sebelum itu.
Statistik Olise cukup unggul
Dengan keupayaan kawalan bola, visi, ketajaman, dn kepantasan, Olise menggunakan aset beliau dengan cukup baik untuk memperkukuhkan aspek serangan Bayern dan Perancis.
Untuk Bayern sahaja, pemain berusia 24 tahun ini sudah merekodkan 53 sumbangan gol daripada 52 penampilan selaku pemain sayap kanan di pentas domestik serta UCL.
Ini merupakan pecahan sumbangan gol Olise musim 25/26 buat kelab gergasi Jerma tersebut:
•52 perlawanan
•22 gol
•31 ‘assist’
Manakala, ini pula merupakan statistik penuh Olise buat Perancis di pentas antarabangsa sejak dipanggil pada tahun 2024:
•17 perlawanan
•7 gol
•3 ‘assist’
Boleh dikatakan Olise antara pemain yang fleksibel buat Perancis dengan beliau sudah diberi peluang beraksi sebagai tonggak tengah serangan serta sayap kanan.
Perbandingan dengan Mbappe
Di media sosial, sudah ada peminat yang membandingkan Olise bersama penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe daripada segi keupayaan serangan.
Malah, ada menganggap Olise lebih menyakinkan kini dengan impak beliau jauh lebih baik sejak beberapa aksi persahabatan lalu jika dibandingkan dengan Mbappe.
Dengan beberapa isu tidak enak menerusi sikap Mbappe sejak kebelakangan ini, ada antara penyokong yang sudah muak dengan sikap beliau sedangkan tonggak lain seperti Dembele dan Olise lebih positif.
Apapun, Perancis kekal selaku pasukan cukup berbahaya dengan negara berkenaan mempunyai cukup ramai pilihan pemain serangan untuk dipertaruhkan.
Jangan dilupakan juga, Rayan Cherki, Desire Doue, dan Marcus Thuram juga sedang berada dalam prestasi terbaik untuk dipertaruhkan dalam kesebelasan utama.





