Nak Layan Sebagai Tetamu Atau Selaku Suspek?
Mat Apit tengok depa punya kelam kabut sampai ke pemain bintang pun kena layan macam suspek woo!
Piala Dunia 2026 telah pun bermula dan macam biasa abang-abang kita semua sahih ada yang dok berjaga macam burung hantu dah, atau melangut depan TV lepas subuh.
Main dekat belah benua Amerika kali ni lain sikit. Siaran langsung siap boleh tayang tengahari lagi dekat sana (ikut waktu kita la) yang memudahkan rakyat Malaysia toksah nak berjaga sangat.
Tapi benda jadi kelam kabut jugak buat depa yang bekerja ni. Puaih nak curi-curi tengok dekat pejabat atau redho saja la masa rehat cangak keputusan penuh.
Beberapa aksi dah berlangsung, tapi dekat media sosial orang tak ramai sangat bercakap pasai perlawanan, sebaliknya masih dok tibai lagi salah satu negara tuan rumah, Amerika Syarikat.
“La awat pulak dah? Tak habih lagi ka masalah depa dok buat sampai la ni?”
Ni Paktam Non, benda orang tak cerita kalau tak jadi. Sampai tahap bukan penyokong dah, tapi negara terlibat pun dapat layanan seropa dejei depa kata.
Dilayan persis suspek penjenayah
Hangpa bayangkan, kita ni orang luaq nak pi negara orang sebagai tetamu dan sua duit ke depa jugak nak rancakkan Piala Dunia, tapi dapat layanan cukup teruk. Tak kena gaya kena halau balik.
Contohnya, penyokong Senegal dari luaq langsung tak boleh masuk Amerika Syarikat sebab visa depa kena tolak dengan penguat kuasa sana.
Tak cukup lagi, penyokong Scotland pun segelintir daripada depa kena ‘cekelat angin’ (harapan palsu) lepas permohonan ESTA depa nak masuk sana kena tolak jugak.
Kebanyakan di media sosial dok mengadu kata depa tak lepas masuk ke sana sebab masalah visa yang ketat dan terpaksa balik semula ke negara masing-masing.
Itu baru penyokong, hang tak sabit lagi dengan tahap pengadil rasmi FIFA pun kena balik awai sebab visa tak dapat kelulusan untuk masuk ke sana. Apa punya kaldai akaq la!
Sesetengah pemain pun awai tu hadap masalah serupa, visa. Memang teruk sistem depa walaupun ia membabitkan peserta kejohanan tu sendiri. Dah macam suspek penjenayah depa buat.
Paling teruk, Iran la macam-macam depa kena termasuk tak dibenarkan berada di Amerika Syarikat dan kem depa hanya berada di Mexico sahaja.
Perbandingan dengan negara lain
Lepas apa yang jadi ni, ramai mula dok bandingkan dah negara penganjur lain sebelum ni yang lagi serba elok daripada segi sambutan dan kemudahan disediakan.
Russia yang depa dok kata ganas la, tak mesra la, tak tau pasai bola la, itu pun lagi baguih daripada Amerika Syarikat kalau tengok pada sistem dan kemudahan disediakan.
Bola sepak ni menyatukan. Piala Dunia 2026 ni salah satu cabang menyatukan penduduk seluruh dunia dengan sukan tersebut jadi wadah utama yang himpunkan penyokong daripada merata tempat.
Tapi kalau dah jadi lagu ni, kemeriahan tu hilang. Tak sampai rasa dah bila hadap dengan pelbagai kerenah tak masuk akai. Cerita hat buruk lagi banyak daripada elok.
Punca utama? Daripada nak jadi tetamu pi layan Piala Dunia, dah dok berasa macam suspek jenayah berat dah sampai visa pun kena batal.
Jahanam mat!





