Mikel Arteta Sokong Kemenangan Bournemouth
Lain macam betul kenyataan Arteta kebelakangan ini, betul-betul mengundang kemarahan peminat!
Arsenal tampaknya meneruskan rentak goyah mereka di pentas domestik, dengan terbaharu mencatat kekalahan terbaharu dalam saingan English Premier League (EPL).
Tatkala mereka kini sedang berada dalam momentum terbaik dalam memburu kejuaraan liga, rentak tersebut seakan tersekat dengan masalah prestasi dalam yang melanda skuad kendalian Mikel Arteta.
Terbaharu, mereka mencatat kekalahan tipis 1-2 di tangan Bournemouth, walaupun mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri yang turut dipenuhi penyokong The Gunners.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini, prestasi Arsenal boleh dikatakan cukup membimbangkan dalam kalangan penyokong, sehingga peluang untuk keciciran mata lebih tinggi berbanding meraih kemenangan.
Malah, beberapa aksi lalu juga menyaksikan Arteta memiliki masalah untuk mengekalkan konsistensi permainan lebih baik sehingga nama beliau mula dikritik peminat.
Arteta akui Bournemouth layak menang
Selepas kekalahan tersebut, Arteta tampil dengan kenyataan kontroversi dengan mengakui pasukan pelawat layak meraih kemenangan tersebut berbanding Arsenal.
Jelas Arteta, Bournemouth merupakan pasukan yangl lebih baik kerana mereka masih lagi belum tewas sejak 11 perlawanan lalu dengan segala dilakukan kelab tersebut tampak tepat.
Kenyataan itu jelas mengundang amukan peminat, kerana Arteta dianggap mencipta alasan lawan lebih baik untuk menutup kelemahan semasa The Gunners.
Ini kerana Arsenal hadir dengan membawa status pendahulu liga, kualiti dan nilai pemain lebih tinggi, serta kelebihan bermain di halaman sendiri yang sepatutnya berakhir dengan keputusan lebih baik.
Tetapi sebaliknya pula berlaku di Anfield, apabila mereka melakar kejutan menerusi kekalahan berkenaan walaupun skuad kendalian Arteta menguasai permainan.
Terlalu banyak Arteta perlu perbaiki
Tiga kekalahan dalam empat perlawanan semasa diharungi Arsenal, jelas pasukan tersebut mempunyai isu yang perlu dinilai semula oleh Arteta.
Kualiti pemain? Moral pasukan? Lemau dalam percaturan taktikal? Hanya Arteta dan barisan kejurulatihan Arsenal sahaja kini mempunyai jawapan sebenar.
Dengan persaingan liga masih lagi berlangsung, Arteta tidak mempunyai masa yang panjang untuk terus menilai keadaan semasa kelab, kerana peluang untuk mereka dipintas masih ada.
Apatah lagi mereka masih berada dalam persaingan UCL di peringkat suku akhir kedua nanti berdepan Sporting CP yang juga dianggap lawan cukup liat untuk disingkirkan.
Apapun, kepercayaan sekelompok besar penyokong Arsenal masih lagi tinggi dan tugas Arteta untuk membalasnya dengan keputusan positif pada aksi hadapan.






