Michael Carrick ‘Red Flag’
Walau mencatat keputusan positif bersama Man United, kelibat Michael Carrick masih belum diterima sepenuhnya dalam kalangan peminat.
Secara tiba-tiba nama Michael Carrick menjadi sebutan segelintir peminat Manchester United di media sosial, walaupun pengurus tersebut mencatat keputusan sangat positif.
Sejak kehadiran Carrick selaku pengendali The Red Devils, prestasi semasa pasukan tersebut boleh dikatakan cukup menyerlah dengan rekod tanpa tewas dalam enam perlawanan.
Lima kemenangan dan satu keputusan seri direkodkan Man United untuk pasukan tersebut kini berada di tangga keempat English Premier League (EPL) dengan kutipan 48 mata.
Namun, ada beberapa perkara yang kurang digemari peminat menerusi pendekatan diletakkan oleh Carrick buat pasukan tersebut kebelakangan ini.
Benjamin Sesko kekal di bangku simpanan
Kehadiran Carrick selaku pengurus kini menyaksikan beberapa rombakan telah dibuat dalam kesebelasan utama, termasuk penyerang utama mereka, Sesko sendiri lebih banyak bermula dari bangku simpanan.
Namun, prestasi Sesko sendiri tampil cukup meningkat kebelakangan ini dengan beliau semakin berbisa dan berjaya meninggalkan impak besar buat siri serangan kelab.
Sehingga kini, Sesko telah telah merekodkan lapan gol dan satu bantuan jaringan dengan prestasi yang semakin meningkat terutama dari bahagian penyudah.
Namun begitu, keberadaan beliau di bangku simpanan dalam setiap perlawanan dianggap merugikan kerana mereka merasakan penyerang berusia 22 tahun itu mampu memberikan impak lebih awal.
Sebagai contoh, aksi terbaharu ketika Man United cemerlang mengetepikan Everton menerusi keputusan 1-0 hasil ledakan tunggal Sesko yang bermula di bangku simpanan.
Michael Carrick dianggap ‘red flag’
Beberapa kritikan timbul di media sosial dengan ada sudah menjangkakan penyerang dari Slovenia itu sekali lagi akan bermula dari bangku simpanan.
Malah, ada yang menyifatkan Carrick sebagai seorang yang sangat ‘red flag’ menerusi kaedah dan pendekatan beliau untuk terus memberi kepercayaan penuh kepada Sesko.
Ini kerana beliau seolah gagal memahami apa diperlukan Man United dalam perlawanan dengan lebih awal terutama sekali daripada segi ketajaman posisi serangan.
Carrick masih dipertahankan
Tetapi, tak semua memberi kritikan tersebut kepada Carrick dengan masih ramai yang menyokong apa telah dilakukan pengendali tersebut buat pasukan berkenaan.
Sesetengah pendapat menyatakan Sesko memang perlu diletakkan pada bangku simpanan terlebih dahulu kerana:
•Isu konsistensi awal permainan
•Terbukti lebih berkesan dari bangku simpanan
•Carrick perlu elak lebih bereksperimen pada penghujung saingan
Apapun, Carrick perlu terus fokus bersama pasukan kini berbanding memberi tumpuan kepada sesetengah pemain sahaja untuk memastikan mereka menamatkan saingan pada kedudukan lebih baik.
Lebih baik mendapatkan keputusan yang positif dan Sesko sendiri mendapat faedah menerusi statistik jaringan daripada perubahan baharu dibuat yang mungkin merugikan sahaja.








