Berattt, tobat berattt kalau kita tengok situasi semasa kem kebangsaan la ni sebelum depa hadap dua aksi antarabangsa Tier 1 tidak beberapa hari saja lagi. Macam-macam jadi.
Mula sekali, kem kebangsaan buat rombakan dalam kalangan pemain. Ada hat menyerlah masa Piala Asean FIFA 2026 sebelum tu pun tak dipanggil. Tang sini penyokong dok mula bising dah.
Ni terbaru, enam lagi pemain Harimau Malaya terpaksa lupakan aksi depa dengan skuad kebangsaan dan secara rasminya pun dikeluaqkan oleh FAM semalam di media sosial depa.
Enam pemain Selangor, termasuk tonggak Harimau Malaya, Nooa Laine takkan pi ke China nak hadap dua aksi persahabatan nanti akibat siri kecederaan yang depa alami. Itu ikut kata laporan la.
Mau tak mau, kem kebangsaan la ni kena hadap dan panggil juga pemain simpanan lain untuk menggantikan kekosongan yang depa semua ni tinggaikan semalam.
Percaya pada Tan Cheng Hoe
Sebenaqnya, situasi kusut macam ni bukan benda baru dan Tan dah masak kot dengan perkara-perkara lagu ni dan sebenaqnya dia berjaya bawak Malaysia dengan baik bersama skuad hat dok ada.
Ingat lagi kejuaraan Asean Championship lepaih? Banyak jugak kelab tak lepaskan pemain dan beliau guna apa yang dok ada dengan sebaik mungkin sampai pi ke separuh akhir.
Mata Tan tak pernah sama dengan kita, dia sentiasa perati dan pikiaq kesesuaian pemain dok ada untuk bagi imbang segala benda yang kurang atas padang.
Kalau dak kita tak akan kenai G. Pavithran, lonjakan prestasi Sergio Aguero, aksi cemerlang Wan Kuzain, dan Faris Danish antara yang menyerlah masa kejohanan tersebut.
Mai saingan Piala Asean FIFA 2026, Tan dapat senarai pemain berbeza pulak, dengan masa yang ada dia bijak cipta keserasian sesama pemain dan ya, kita selangkah saja lagi nak pi final dan bawak rekod tanpa kekalahan.
Untuk aksi persahabatan kali ni, kita sebenaqnya tak payah nak bimbang sangat. Ya, kutipan mata untuk perbaiki ranking tu penting, tapi teruih ja percaya kepada Tan. Benda dah jadi. Nak hadap semua tu dia, bukannya kita.
Masih ramai ‘hidden gem’ negara
Macam nasi kandaq la kat Penang. Hang dok tau kedai tu ja sedap, sekali cuti teruih hang lupp tak tau nak buat lagu mana, padahai ada ja kedai lain sedap cuma kita tak tau dan tak percaya.
Sama jugak dengan kem kebangsaan la ni, (Haram betui ka dak perumpamaan ataih tu pun tak tau. Main sebat ja menulis) kita sendiri pun tak cangak lagi kemampuan depa nak hadap China dengan Yaman nanti.
Kita masih ada Haziq Nadzli, Dion Cools, Endrick dos Santos, dan Fergus Tierney yang semua pun ‘core’ di posisi masing-masing. Yang baru dipanggil pun baguih bukan taraf ceroi.
Ariff Farhan dengan Dominic Tan tu tengah berada dalam momentum yang positif dengan kelab masing-masing dan dah ada pengalaman di pentas antarabangsa.
Pendek kata, hangpa atau Din Jerlun tak payah nak kusut. Kita bagi ja kepercayaan ke Tan nak harung dua aksi persahabatan ni. Mata dia lain dengan mata kita semua. Idea dalam kepala Tan pun susah kita nak jangka.
Menang kalah belakang kira, cuma Mat Apit nak tau apa formasi dan senarai kesebelasan utama pilihan Tan nanti nak hadap China dan Yaman. InsyaAllah harap semua elok belaka.






