Man United Mungkin Perlukan Pengurus Bersifat Lebih ‘Dominan’
Seperti suatu kebiasaan, jika kita melihat keadaan semasa Manchester United kini yang gemar memecat pengurus mereka sejak beberapa tahun ini.
Terbaharu, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita pemecatan Ruben Amorim daripada menguruskan pasukan berkenaan, walaupun tahun 2026 baru sahaja menjengah.
Menerusi pemecatan tersebut, ramai melihat ianya sebagai suatu perkara yang sudah biasa berlaku buat kem pasukan tersebut, kerana kehadiran dan pemergian pengurus Man United merupakan perkara biasa.
Di media sosial, ada yang mempertahankan Amorim, malah tak kurang turut bersetuju dengan keputusan dibuat selepas mengambil kira akan prestasi semasa pasukan di pentas domestik.
Persoalan demi persoalan terus timbul, siapa sebenarnya yang sebenarnya cukup layak untuk mengendalikan Man United? Atau ianya mustahil buat kelab tersebut untuk mendapatkan individu paling layak era kini?
Sejak pemergian Sir Alex Ferguson pada tahun 2013, The Red Devils terus menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengganti yang bersesuaian serta mempunyai pengaruh seperti beliau.
Amorim menjadi contoh pengendali baharu yang gagal mendapat tempat dengan lebih lama di Old Trafford dalam tempoh sedekad ini, dengan beliau telah pun disingkirkan oleh pasukan berkenaan.
Ini menjadi satu lagi contoh kegagalan Man United dalam memastikan pengurus yang ditandatangani kekal lebih lama dan memberikan impak lebih baik buat falsafah permainan mereka.
Setiap kali ada pengurus yang gagal dan dipecat, maka kitaran pasukan tersebut kembali pada permulaan dan memerlukan masa semula untuk sekurangnya kembali stabil.
Mengurus kelab seperti Man United kini dianggap sebagai suatu cabaran yang sangat-sangat getir, kerana tekanan datang dari pelbagai arah dan memberi kesukaran buat mana-mana pengendali kurang berpengaruh untuk kekal lama.
Untuk menjadi pengurus Man United, seseorang itu perlu memiliki karisma, pengaruh, dan bersifat dominan selain pakar daripada segi taktikal untuk menyerap setiap tekanan bakal diberikan.
Jika dilihat, calon yang memiliki personaliti tersebut terarah kepada Mauricio Pochettino dan Carlo Ancelotti yang pernah mengendalikan pasukan bintang dengan nama-nama besar selain memperoleh banyak kejayaan.
Walaupun begitu, Man United sendiri masih belum mendedahkan hala tuju mereka mengenai pengendali terbaharu ingin dilantik dan sukar untuk kita meramal siapa calon bakal diletakkan kelab tersebut pada masa akan datang.
Jika diikutkan, Amorim sendiri merupakan pengendali yang cukup berpengaruh sebelum itu ketika bersama Sporting Lisbon, namun situasi beliau di kelab itu dan Man United cukuo berbeza untuk dihadam dirinya.
Hany Jose Mourinho sebelum itu mempunyai karakter terbaik terbaik buat Man United sebelum ini, tetapi prestasi beliau dari tepi padang pula dianggap menurun untuk kelab sebesar itu.
Sebelum ini, Sir Alex Ferguson pernah menegaskan calon pengurus terbaik buat Man United perlu menjadi individu paling dominan dalam kelab demi memberi keseimbangan yang baik.
Secara kesimpulan, Man United akan terus menghadapi kesukaran jika mereka gagal menandatangani seorang pengurus yang mempunyai profil dominan atau ‘alpha’ seperti yang dikatakan Ferguson.
Dengan terkini laporan menyatakan Ole Gunnar Solksjaer dilaporkan berminat untuk kembali menguruskan Man United, ianya masih belum cukup sebenarnya untuk menaikkan kembali prestasi kelab tersebut.
Jika mereka terus berniat untuk mendapatkan pengendali muda berpotensi, risiko sama seperti yang diharungi oleh Amorim dan pengendali-pengendali terdahulu akan terus berlaku.
Pandangan anda?







