Man United Bukan Kelab ‘Badut’
Ini bukannya kelab derita, tetapi pasukan yang sarat dengan kejayaan dan sejarah besar dunia bola sepak.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ramai penyokong marah akan kenyataan telah dikeluarkan oleh Roy Keane kepada Bruno Fernandes.
Keane sebelum itu tampil dengan kenyataan cukup pedas, selepas beliau menyifatkan Bruno terlalu mengejarkan rekod peribadi berbanding untuk membantu kelab mencapai sasaran lebih tinggi seperti memenangi trofi.
Selepas itu, Bruno turut tampil mempertahankan diri dengan mendakwa Keane telah memutar belitkan perkara sebenar dan menyatakan beliau pada asalnya tidak kisah akan sebarang kritikan.
Cuma konteks yang dibawa oleh Keane seolah menggambarkan Bruno tidak memberi fokus kepada kejayaan kelab, tetapi mengejar pencapaian peribadi.
Fakta Keane tidak salah
Jika kita lihat secara sepintas langsung, mungkin ramai menganggap Keane terlalu keras dan merosakkan suasana positif daripada Bruno dan kem The Red Devils itu sendiri.
Namun, ada sebab mengapa legenda pasukan tersebut terlalu keras dan tidak gembira dengan keraian yang dianggap sangat berlebihan untuk Man United itu sendiri.
“Apa keutamaan utama bila bermain dengan Manchester United? Keutamaan pertama, memenangi trofi. Dia tak akan memenangi trofi dengan mentaliti seperti itu,” ujar Keane.
Menurut Sharell Eizwan yang merupakan penyokong sejati Man United sejak kecil, beliau menyifatkan Man United seperti pasukan badut apabila terlalu meraikan pencapaian-pencapaian kecil.
“Saya rasa apa yang diperkatakan oleh Roy Keane ada benarnya. United sekarang nampak seperti kelab badut yang meraikan pencapaian-pencapaian kecil.
“Standard yang telah dilalui oleh Roy Keane dan batch-mate beliau adalah terlalu tinggi. The bar is too high, kata beliau.
Jangan perkecil jasa Bruno
Pada masa sama, Sharell tetap menganggap sumbangan Bruno sangat besar dan wajar dihormati tatkala prestasi semasa pasukan tersebut sejak kebelakangan ini terumbang ambing.
“Bagaimanapun untuk memperkecilkan apa yang telah disumbangkan oleh Bruno Fernandes pula adalah too harsh.
“Dalam fasa kelab yang terumbang-ambing dan sedang rebuild, kita kena celebrate the little things, ini yang United dan penyokong sedang raikan.
“Berdasarkan siri kejayaan yang telah dimenangi beliau, Roy Keane sememangnya layak bersuara dan memberikan reality check kepada skuad United tentang mentaliti untuk mencapai kejayaan.
“Tetapi itu bukanlah lesen baginya untuk terus menuduh Bruno mengejar pencapaian peribadi tanpa mementingkan kemenangan pasukan,” ujar Sharell lagi.
Roy Keane perlu perlahan sedikit
Daripada sudut lain, Sharell turut berharap Keane perlu lebih perlahan selepas ini dalam memberi kritikan serta melihat semula sumbangan Bruno yang menjadi salah satu asbab Man United kembali ke pentas UCL.
Dengan keadaan semasa pasukan yang kurang menyakinkan, jejaka berkenaan turut menyifatkan Man United mungkin hanya pasukan biasa sahaja jika tak ada kelibat Bruno di atas padang.
“Percakaran ini mungkin tidak perlu, tetapi saya suka memandangnya sebagai sesuatu yang positif, kerana tubuh United itu perlu disuntik dengan satu kedegilan, eagerness, dan kemahuan yang kuat untuk menang.
“Dikala ramai fans sedang terbuai dengan kejayaan Bruno memecah rekod assist, Roy Keane datang sebagai antidote yang memecah keriangan dan menyedarkan semua bahawa United itu letaknya bukan di tempat ketiga!” kata Sharell akhir sekali.





