Malaysia Kena Serius Atau Jadi ‘Lauk’ Asean
Beraksi dalam kejohanan kalendar FIFA, kita perlu serius atau jadi aib kepada negara lawan!
Sebelum itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya telah pun mengeluarkan keputusan undian membabitkan skuad Harimau Malaya bagi aksi Piala Asean FIFA 2026.
Saingan yang bakal bermula pada 24 September itu menyaksikan Malaysia telah pun diundi dalam Kumpulan A bagi saingan divisyen 1 bersama tuan rumah, Indonesia, India, serta Singapura.
Melihat kepada senarai lawan bakal dihadapi Harimau Malaya itu, jelas persiapan rapi perlu dibuat dengan sebaik mungkin menerusi pemilihan pemain, kualiti permainan ditingkatkan, serta aksi menjalani beberapa perlawanan persahabatan.
Ini kerana, kejohanan tersebut jauh lebih penting buat Malaysia untuk hadapi kerana ia beraksi dalam kalendar rasmi FIFA yang menyaksikan Malaysia perlu mengutip mata untuk perbaiki MA ranking mereka.
Suka atau tidak, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memikirkan segera mengenai persiapan awal Malaysia sebelum kejohanan tersebut bermula untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
Pentingnya aksi persahabatan
Menjelang saingan tersebut yang akan berlangsung pada September ini, FAM perlu merancang awal beberapa siri persahabatan bersama negara bersesuaian untuk menguji persefahaman dan percaturan taktikal skuad kebangsaan.
Pentingnya aksi persahabatan ini dilakukan, supaya para pemain saling cepat memahami antara satu sama lain di atas padang dan intensiti permainan juga mampu ditingkatkan.
Tanpa sebarang aksi persahabatan berkualiti, ianya seolah Malaysia pergi ke saingan berkenaan tanpa persediaan yang cukup dan bakal memberi kesan cukup negatif kepada kejurulatihan serta pemain.
Pemilihan pemain berkualiti
Jika saingan Piala Asean 2026 kali ini berlangsung tanpa kita dapat melihat kebanyakan muka-muka utama beraksi, sudah tentu untuk kejohanan akan datang semuanya dapat dipanggil semula.
Jurang permainan antara tonggak utama Malaysia dan barisan pemain baharu dipanggil ini masih lagi mempunyai jurang dan kualiti permainan yang tidak seperti diharapkan, selepas kita lihat pada saingan Piala Asean 2026 kini.
Pada masa sama, tentunya kita mengharapkan dua lagi pemain naturalisasi baharu Malaysia, Bergson da Silva serta Manuel Hidalgo dapat mencipta penampilan sulung mereka buat Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Tonggak lain seperti Dion Cools, Arif Aiman, dan Faisal Halim juga turut ditagih semula untuk pasukan kebangsaan dengan harapan prestasi mereka dalam keadaan baik serta tidak mengalami kecederaan.
Kekalkan Tan Cheng Hoe atau jurulatih baharu?
Persoalan timbul kini jika Tan akan terus dikekalkan selaku pengendali Harimau Malaya pada aksi Piala Asean FIFA 2026, atau ada pengendali baharu dilantik FAM selepas ini?
Ketika ini Tan sedang mencipta reputasi yang baik mengendalikan skuad Harimau Malaya yang serba pincang sejak awal dalam dua perlawanan Piala Asean 2026.
Dua kemenangan sudah pun diraih beliau walaupun kehilangan ramai pemain utama dan kekangan masa untuk pasukan kebangsaan mengharungi sebarang aksi persahabatan sebelum saingan berkenaan berlangsung.
Jika tidak, FAM perlu mengambil langkah awal dengan melantik jurulatih baharu Harimau Malaya yang berkaliber untuk kejohanan akan datang.
Jika tiada persediaan yang teliti, sudah tentu mimpi ngeri terpaksa diharungi para penyokong setia Malaysia yang melihat pasukan kebangsaan berdepan dengan negara jaguh seperti Indonesia dan India.
Demi maruah Malaysia, lakukan persediaan lebih awal!






