Desas desus kat media sosial sejak semalam dengan ada yang habaq Malaysia bakal dapat ketua jurulatih baharu nanti untuk gantikan khidmat pengendali sementara, Tan Cheng Hoe.
Menurut laporan yang dok bertebaq kat media sosial, jurulatih baru Malaysia nanti dikatakan mempunyai pengalaman cukup padu sampai tahap Piala Dunia punya.
Haa, mana yang tau tu betui la, kita maksudkan Hajime Moriyasu. Pengendali utama pasukan kebangsaan gergasi Asia, Jepun hat dok pukui naik sejak Piala Dunia lepaih lagi sampai ramai mula dok gerun.
Ikut rekod, dia ni memang membesaq dengan bola sepak Jepun saja. Daripada Sanfrecce Hiroshima sebagai pembantu jurulatih pada tahun 2004, dia mencanak naik sampai diangkat sebagai pengendali utama Jepun.
Pendek kata, Moriyasu ni memang serba lengkap selaku salah seorang jurulatih paling berjaya kat Asia sekarang dengan segala gerak kerja dia buat bersama Jepun.
Statistik dan kejayaan bersama Jepun
Sepanjang bersama Jepun sampai sekarang, Moriyasu telah pun merekodkan 112 perlawanan kat pentas antarabangsa dengan catatan hat cukup ‘surr’ macam nasi kandaq Sulaiman. (Saja puji mana tau depa belanja)
•112 perlawanan
•78 menang
•15 seri
•19 kalah
Daripada 112 perlawanan tu pulak, Jepun bawah Moriyasu ni dah merekodkan 272 gol dan hanya dibolosi sebanyak 85 kali saja. Lawan pulak bukan cokia, tapi segala bapak bola sepak pun dia dah hadap.
Paling ingat, Piala Dunia 2022 dulu depa tewaskan Sepanyol dan Jerman dan rekod tersebut cemerlang tu diteruskan lagi pada 2026 dengan depa berjaya layak ke pusingan 32 terbaik sebelum tewas tipis ja ngan Brazil.
Apa yang menarik, Moriyasu ni kenai para pemain Jepun dengan sangat baik daripada pelbagai peringkat umoq dan dia mampu jadikan pasukan kebangsaan tersebut mempunyai identiti tersendiri untuk digeruni sampai peringkat Piala Dunia.
Boleh ka dia ulang kejayaan di Malaysia?
Tang ni la kita skeptikal sikit. Penyokong negara jenih sentiasa harapkan kejayaan segera. Sedangkan si Moriyasu tak kenai lagi sepenuhnya gerak kerja dan budaya bola sepak Malaysia.
Dah tentu dia perlukan masa untuk cipta legasi dan kenai semua pemain yang bersesuaian bawah kendalian dia untuk disesuaikan dengan corak permainan buat Harimau Malaya.
Pendek kata, jangan hang hairan ada pemain yang terpilih sebelum ni dengan Tan Cheng Hoe, tiba-tiba nama dia takdak masa bersama kem Moriyasu untuk aksi antarabangsa.
Kalau semua nak ikut desakan peminat dan FAM sendiri pun cepat meloncat nak tengok hasil segera, jangan dok heran kenapa Moriyasu ni pun bakal ikut jejak langkah jurulatih-jurulatih terdahulu. Tak letak jawatan, kena pecat.
Beza bola sepak Jepun dan Malaysia
Satu lagi, kita kena sedaq pool pemain Malaysia ni kecik. Ya, ramai boleh sepak bola tapi tak semua reti sepak bola dengan cara betui. Paham dak tu?
Pembangunan bola sepak kita pun masih dok kabur-kabur, ada berapa saja pemain muda hat betui berkualiti ada boleh dipertaruhkan di pentas antarabangsa, selebihnya masih banyak nak kena ‘repair’ bagi betui.
Besaq cabaran Moriyasu ni. Dan besaq jugak harapan kita nak tengok penyokong bersabaq kalau dia ambik alih awai-awai nanti. Jangan la member baru mai hadap 1-2 perlawanan tak berapa sedap dah kena taram macam-macam.
Sedaq la jugak, member kat Jepun tu dah disediakan dengan para pemain yang betui-betui pada tahap berbeza jika nak bandingkan dengan di Malaysia. Jauh lagi.
Depa punya pemain tempatan pun main merata negara dah. Dalam liga domestik pun saingan Jepun ni paling berkualiti kat Asia. Jadi Moriyasu ni tak ada masalah sangat daripada segi ‘pool player’.
Bukan projek jangka masa pendek
Apapun, kalau betui dia mai Alhamdulillah. Jurulatih Piala Dunia pegang Malaysia, sapa ja tak syok. Tengok la macam mana dia jadikan Jepun la ni sebagai negara elit bola sepak di mata dunia.
Cuma yang tak syok bila dia mai dan kena ubah segala benda dalam masa terdekat atas desakan sekeliling. Kalau lagu tu, hang mai la jurulatih mana pun tak ada beza la Malaysia walau 100 tahun hadapan.
Tugas kita kat sini jugak nak bantu Moriyasu perbetulkan segala masalah-masalah bola sepak dalam negara, terutama daripada segi mentaliti tu sendiri.
Mau kelab liga kita pun susah nak percaya bakat tempatan walau main di peringkat domestik saja, macam mana Moriyasu ni nak gali pemain negara hat berkualiti untuk dipertaruhkan nanti?






