Bola sepak Malaysia ni unik. Jenih benda yang kita tak pernah terpikiaq pun kadang-kadang boleh jadi. Tak kena gaya boleh tular pi luaq negara.
Minggu pertama Liga Super 26/27 baru ja berlangsung, tapi dah ada beberapa benda tak sedap dah jadi dan dapat tumpuan peminat untuk depa pi kritik kat media sosial.
Pi warung Haji Nawab pun kita boleh dengaq Pakli dengan Atan Kerbau dok bukak cerita pasai benda hat tak sedap dalam Liga Super, bukan pasai keputusan perlawanan.
Dak, Mat Apit tak salahkan mana-mana pihak. Tapi kalau dah banyak benda tak sedap orang ulas kita pun boleh pening dok pikiaq pasai masa depan bola Malaysia.
Takkan setiap musim semua nak harap ke JDT ja bagi berita hat elok sampai peringkat luaq? Kelab lain? Pengelola liga? Takdak benda positif ka nak bawak?
KL City ni apa cerita?
Beberapa hari lepaih, aksi pertama Liga Super antara Negeri Sembilan dan KL City terpaksa dibatalkan menjelang beberapa jam lagi ja perlawanan nak mula.
Alasan depa pada awalnya, ramai pemain KL City yang kena jangkitan influenza, dan MFL pun pada awainya meluluskan permohonan kelab tersebut untuk tidak teruskan aksi berkenaan.
Negeri Sembilan pun bagi tindak balas pantaih baqhang. Depa tak setuju kalau aksi ni ditunda dan pasukan berkenaan siap tuntut kemenangan ‘walkover’ akibat kegagalan dilakukan KL City.
Apa keputusan MFL?
Siang tadi, MFL dah keluaqkan kenyataan rasmi yang KL City sebenaqnya kantoi hanya daftarkan 12 pemain sahaja musim ni dan rasmi la langgaq undang-undang ditetapkan.
Ikut undang-undang MFL, syarat nak main Liga Malaysia ni hang kena daftarkan paling minimum 20 orang pemain termasuk tiga orang penjaga gol sebelum saingan 2026/2027 mula. Pekeliling tu pun dah keluaq sejak 29 Jun lepas.
Pi mai pi mai, dah sah salah. Jadi Negeri Sembilan pun diberi kemenangan mutlak 3-0 akibat kesalahan yang KL City sendiri pi buat, pakej denda sekali RM50,000.
Ikutkan, KL City ni nak tangguh lagi bagi aksi Kuching City pada 26 Ogos tak lama lagi, tapi MFL tolak keputusan tersebut dan denda sama akan pi berulang. Bagi lawan menang 3-0 dan denda RM50,000.
Macam mana KL City ni lepaih daftar lagi?
Pelik, dengan serba serbi tak cukup tapi KL City masih diberi pelepasan nak daftar beraksi musim ni walaupun kita boleh kata depa ni mai dengan serba tak cukup sifat.
12 pemain ja didaftarkan takat la. Hang nak main apa? Dan lagi satu, para penyokong ni tak buta dan mangkaq lagi nak tau mana bukti pasukan KL City ni kena Influenza? Betui atau nak katup salah depa sendiri.
Dengan apa hat dok jadi ni, elok la KL City ni tarik diri saja. Pemain tak cukup, saingan dok tengah berlangsung dah. Pintu perpindahan pun tak berapa hari lagi nak katup.
Jangan disebabkan hangpa punya masalah, habih pasukan lain terjejas nak buat persiapan setiap kali berdepan dengan depa ni pada masa hadapan.
Akhir sekali, MFL dan FIB kena bertegas dah. Tak perlu nak tegoq lagi kalau nampak masih tak menyakinkan. Batalkan sahaja lesen penyertaan kelab bermasalah macam KL City, atau masalah macan-macam lagi akan mai.





