Kelab gergasi English Premier League (EPL), Liverpool akhirnya mencatat kekalahan pertama mereka musim ini, selepas mereka diaibkan oleh Manchester City di laman sendiri.
Pada aksi tersebut, Liverpool merekodkan kelahan 0-3 ketika berdepan Man City di Anfield dengan segalanya serba serbi tidak begitu menjadi buat skuad kendalian Andoni Iraola.
Pada aksi tersebut, The Reds pada mulanya berjaya mengimbangi Man City walaupun mereka hadir dengan skuad yang tidak lengkap akibat masalah kecederaan dialami.
Tanpa jaringan di separuh masa pertama dengan masing-masing terikat, ramai penyokong kelab berkenaan mengharapkan Liverpool sekurangnya mampu membawa pulang satu mata dengan ia dianggap realistik.
Tetapi segalanya berubah menjadi mimpi ngeri di halaman sendiri, apabila Liverpool terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ryan Gravenberch dilayangkan kad kuning kedua perlawanan pada minit ke-62.
Titik tolak kejatuhan Liverpool
Itu menjadi faktor utama Liverpool mula menurun daripada segi momentum positif perlawanan, apabila mereka kehilangan pemain yang aktif di posisi serangan dan seimbang dalam menyumbang kepada pertahanan kelab.
Erling Haaland hadir dengan gol pertama perlawanan dan diiringi dua lagi jaringan hasil ledakan Jeremy Doku serta Rayan Cherki untuk memastikan Liverpool tewas di halaman sendiri.
Hasil keputusan perlawanan menyaksikan Liverpool berada di kedudukan ke-9 EPL dengan sembilan mata diraih selepas mengharungi enam perlawanan awal musim ini.
Penyokong tak salahkan Liverpool
Walaupun tewas, rata-rata penyokong The Reds tampil positif dan memahami kesukaran pasukan tersebut untuk terus memberi cabaran besar dengan kekurangan seorang pemain.
Malah, Liverpool sebelum perlawanan lagi sudah pun tempang apabila mereka tidak dapat menyenaraikan ramai muka-muka utama akibat siri kecederaan dialami.
Alexander Isak, Cody Gakpo, dan Dominik Szoboszlai antara enam pemain Liverpool yang mengalami kecederaan dan tidak dapat dipertaruhkan pada aksi berkenaan.
Aksi itu juga menyaksikan Liverpool terpaksa mempertaruhkan bakat muda, Lewis Koumas selaku penyerang utama dan membawa masuk Trey Nyoni dan Rio Ngumoha untuk cuba mengimbangi pasukan.
Jika diikutkan, segalanya tampak baik dengan mereka mampu mengimbangi barisan bintang Man City, terutama sekali pada babak separuh masa pertama sebelum kelab itu kehilangan Ryan akibat layangan kad merah.
Pengadil dipersalahkan.
Chris Kavanagh selaku pengadil utama perlawanan menjadi sasaran utama kebanyakan penyokong Liverpool, kerana ramai beranggapan beliau terlalu memihak kepada Man City.
Malah, layangan kad kuning kedua perlawanan oleh pengadil tersebut kepada Ryan juga dianggap berlebihan kerana pada anggapan mereka ia tidak sepatunya berlaku.
Keputusan dibuat Kavanagh dikatakan telah ‘merompak’ momentum Liverpool yang ketika itu sebenarnya berpeluang untuk sekurangnya merekodkan keputusan seri atau kejutan ke atas pelawat.
Apapun, mereka masih optimis pertembungan seterusnya ke atas Man City mampu dinoktahkan semula dalam bentuk kemenangan dengan syarat, The Reds kembali mendapat barisan terkuat mereka.







