Lionel Messi Bukti ‘GOAT’ Sentiasa Berada Di Kelas Berbeza
Nak jumpa pemain setaraf Messi walaupun versi umur beliau sekarang? Jangan mimpi!
Argentina akhirnya menepati ramalan ramai untuk menjadi pasukan terbaharu yang melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2026.
Pada aksi yang berlangsung awal pagi tadi, skuad kendalian Lionel Scaloni sebenarnya terpaksa berhempas pulas ketika berdepan dengan cabaran getir daripada Mesir.
Mereka sebenarnya ketinggalan sebanyak dua kali pada aksi itu, sebelum siri kebangkitan dicipta yang menyaksikan Argentina berjaya memperoleh kemenangan 3-2 mengatasi Mesir.
Ini juga menjadi perlawanan kali kedua berturut-turut buat Argentina yang boleh kita anggap cukup sukar untuk mereka hadapi, setelah pasukan berkenaan menghadapi tentangan Cabo Verde terdahulu.
Pada aksi bertemu Mesir juga, pada awalnya mereka menghadapi isu daripada segi konsistensi sebelum segalanya diperbaiki terutama pada babak separuh masa kedua.
Lionel Messi kekal berpengaruh
Bercakap tentang Messi, bintang dunia ini terus membuktikan mengapa beliau sentiasa berada dalam kelas tersendiri yang sukar untuk disaingi mana-mana pemain lain.
Beliau kekal tenang pada aksi pagi tadi walaupun pada awalnya ketinggalan sebanyak dua gol dan terlepas menjaringkan penalti penting buat Argentina.
Hasilnya, beliau berjaya mencipta satu bantuan jaringan penting buat Romero untuk kembali merapatkan jurang, serta mencetuskan kebangkitan cukup penting.
Messi menjadi watak utama, selepas jaringannya berjaya menyamakan kedudukan Argentina semula sebelum Enzo Fernandez meledak gol kemenangan buat Argentina di penghujung perlawanan.
Messi kekal selaku GOAT
Pada aksi itu menyaksikan statistik peribadi Messi cukup menyakinkan terutama sekali menerusi kebangkitan beliau pada babak separuh masa kedua.
Berikut merupakan statistik ringkas mengenai Messi:
•1 gol
•1 bantuan gol
•2 percubaan tepat
•91 sentuhan
•2 peluang besar dicipta
•6 hantaran kunci
•42/51 hantaran tepat
Selain statistik beliau yang gah sehingga menerima rating tertinggi daripada Sofascore (9.3), impak pemain itu sendiri yang menjadikan dirinya kekal dijulang selaku GOAT.
Tidak berhenti mengalah, kekal berdisiplin dan fokus, serta penyumbang besar pada kemenangan, Messi kekal menjadi ikon penting yang sukar untuk disaingi pemain lain.
Untuk saingan Piala Dunia ini juga menyaksikan Messi telah merekodkan lapan gol peribadi dan mencipta satu bantuan jaringan dalam lima perlawanan sahaja.
Messi juga kini muncul selaku penjaring semasa terbanyak Piala Dunia 2026, dan telah pun memintas rekod gol tertinggi beliau pada edisi 2022 lalu.
Jadi, masih nak nafikan Messi selaku GOAT bola sepak dunia?





