Kalau zaman Mat Apit sekolah dulu (muda lagi nah), tak ada mana-man pemain hat orang lain nak sebut selain Lionel Messi. Punya berantu woo.
Hang tanya ja Pak Din Ikan Temenung dak Pun Zaidi Kubota, semua kenai aih, walaupun Messi ni haram tak pernah main bola dalam saingan Liga Malaysia.
Itu hat orang kata pengaruh besaq. Fenomena. Setiap musim masa tu ada ja pemain muda dak pun mana-mana bintang meletup dalam dunia bola sepak, tapi sekali pun tak penah nak buleh padam nama Messi.
“Messi terer”
“Dia ni alien ka woi?”
“Main bola macam dia makan nasik Royale ja”
Haaa, benda ni yang susah kita nak jumpak. Pemain yang daripada usia muda konsisten sampai membawa ke Mat Apit menikah dah. Sentiasa disebut.
Pengaruh Messi terlalu besaq
Terlalu besaq legasi dan pengaruh dia bawak ni, sampai kebanyakan kelab dan negara yang lahirkan bakat baru lincah pun dapat gelaran Messi dalam kalangan penyokong. Termasuk Malaysia. Messi Terengganu dengan Messi Kedah pun ada okay?
Tapi nak kata apa? Dah dia memang baguih. Dengan Barcelona dia punya gila sejak usia muda, sertai Argentina pun macam tak ada obat pengaruh Messi ni di pentas antarabangsa. Serba serbi lengkap.
Konsistensi tu yang payah nak ada dekat kebanyakan pemain. Salah satu faktor, bakat ada tapi dok kerap cedera satu hal. Satu lagi masalah bila merasa duit banyak mula la nak kalut hal chinggey. Silap filem Rock Oo! ni sebab depa tak bagi pi tayang belah Eropah sana.
Lamine Yamal pengganti Messi
Kalau hangpa semua perasan, ada sorang ja pemain muda la ni yang dok ikut jejak langkah Messi dengan baik, dan dah mula cipta satu legasi baru dalam dunia bola sepak profesional, Lamine Yamal.
Dia punya bakat bukan jenih melawak main. Produk Akademi La Masia jugak. Bayangkan sejak usia 15 tahun, dia dah dapat peluang yang tak ramai mampu untuk mewakili skuad senior Barcelona, sambil dikelilingi ramai bintang senior lain.
Kalau mental tak kuat, dia boleh tenggelam walaupun ada bakat besaq. Tekanan mewakili skuad senior ni lain woi. Hang bukan lagi dalam proses pembelajaran dah, tapi transisi kepada bintang profesional.
Dan ya, Yamal berjaya serap semua tu dan nama dia betui-betui mula pukui naik masa tahun 2023, lepas berjaya dengan Barcelona. Apa dia boleh? panggilan ke skuad utama Sepanyol untuk aksi antarabangsa sebelum terus diserap dalam kejohanan Euro.
Konsistensi persis Messi
Kita boleh katakan yang budak Yamal ni cukup-cukup konsisten dan tak pusing belakang lagi sejak 2023, apabila macam-macam kejayaan dia peroleh lepas tu bersama kelab dan skuad kebangsaan dalam pelbagai kejohanan.
Jatuh sat tu ada, dah nama manusia. Tapi cara dia bangkit balik dan sentiasa naik taraf kualiti permainan tu sangat la menarik. Sisi matang dia dalam permainan pun meningkat. Tak statik dan sentiasa ada peningkatan untuk bersaing serta relevan buat pasukan.
Masalah cinggey ada, isu kecederaan pun dia dah hadap, tekanan penyokong dan pemerhati bola sepak pun mula mai menimpa, tapi setakat la dia berjaya woo atasi semua ni dan kekal konsisten dalam permainan pada usia muda.
Pewaris Messi
Pada akhirnya, kita mungkin boleh kata Yamal ni dah ada di jalan terbaik untuk menjadi pengganti Messi dan menjadi fenomena lebih besaq pada masa hadapan untuk bergelar GOAT bola sepak.
Tak sampai usia 20 tahun lagi dia ni dah merasa juara La Liga, Euro, dan Piala Dunia. Manisnya tu Yamal bukan muncul juara sebagai pelengkap pasukan tetapi selaku kunci utama bersama pemain senior lain.
Tapi tu la, kita dok habaq dia ni sebagai pewaris legasi Messi. Tapi siapa pulak ‘rival’ terbaik untuk pemain yang sama generasi seperti Yamal sekarang? Alah, macam Messi-Ronaldo la, sampai la orang masih duk sebut.
Penghargaan buat La Masia
Tak nafikan, akademi ni gila konsisten kot tiap musim lahirkan bakat-bakat yang cukup berkualiti saban musim. Benda yang tak semua boleh buat macam depa ni.
Bakat yang depa lahirkan tu pulak jenih yang Paklang Non Jerlun dok sebut, ‘anomali’. Luaq biasa dan tak padan dengan usia masih muda. Tak percaya, hangpa tengok Pau Cubarsi dah la, macam pemain senior berpengalaman luas dah. Padahal umoq baru 19 taun.
Daripada dulu sampai la ni, La Masia tak putus membekalkan pemain prospek berkualiti tinggi untuk Barcelona dan kelab-kelab luaq yang sanggup dapatkan khidma depa walau harga dianggap keras. Keraih pi la, kualiti semua tau dah lagu mana.
Kesimpulannya, ingat produk La Masia, ingat kualiti, ingat Messi, timbui mai pulak Yamal sebagai penyambung legasi. Tudiaa macam iklan baqhang!







