Legenda Kedah Ini Jadi Gelandangan Sebab Tunggakan Gaji!
Hangpa buat naya ke orang atas dunia, kat ‘sana’ nanti menjawab la!
Legenda bola sepak Kedah, Nelson Sam Martin ni boleh Mat Apit kata cukup malang dalam pelbagai segi. Mai dengan harapan, tapi yang dapat racun.
Artikel sebelum ni Mat Apit penah kongsi dah, yang Nelson dihimpit isu kewangan di Malaysia dan tak boleh balik negara asal dia atas pelbagai isu.
Yang jadi lagi sedih tu, Nelson ni mai bawak anak bini. Satu keluarga baqhang. Bukan dia sorang ja terpalit, habih yang mai dengan dia pun kena sekali.
Hangpa bayang la, mau hangpa yang sebelum ni dok selesa kat rumah di Kuala Sedaka, tetiba dapat panggilan keja di Jerman. Beribu batu jauh. Janji manis macam-macam.
Penyudah dia, gaji sangkut. Nak balik tak boleh. Tak kena gaya jadi gelandangan sebab duit putuih terus nak bayaq sewa rumah atau isi perut.
Haa, itulah yang dok jadi ke Nelson, ikut apa yang Mohammad Yaakub Yusra (MADAD) cerita dekat Facebook mengenai nasib malang dok menimpa Nelson.
Hampir bunuh diri
Menurut Yaakub, bekas pemain dari Chile ini sebenaqnya hampir nak bunuh diri dah akibat tekanan yang melanda, terutama bila dia dok mengenangkan nasib isteri dan anaknya.
“Bila Nelson tunjuk bekas-bekas luka kat tangan dia sebab cubaan bunuh diri, kita faham tekanan dia bukan main-main.
“Sampai nak bunuh diri, nangis-nangis Nelson dok cerita betapa depressnya dia. 2 tahun tunggakan gaji.
“Anak dan isteri terpaksa lari tumpang duduk rumah orang lain. gagal provide apa-apa sebagai ayah dan suami ni next level tekanannya,” ulas Yaakub mengenai nasib Nelson.
MADAD bantu Nelson
Sampai la ni, Yaakub habaq MADAD telah pun bantu Nelson yang sebenaqnya sejak beberapa bulan lalu dah jadi gelandangan weh di tepi jalan akibat kesempitan hidup.
MADAD ni ada la join beberapa kejohanan bola sepak tempatan, jadi Nelson dilantik depa untuk membantu uruskan pasukan dengan bayaran pun tak banyak mana.
Nelson ni punya kesian dan berserah, dia habaq nak meninggal ja kat MADAD dan namakan diri sebagai Mohamed Nelson. Punya betui berserah hidup dia la ni.
Mana hati perut hangpa?
Pada yang bertangungjawab, mana hati perut hangpa? Gaji orang tu bayaq la. Dia mai bukan dari Kodiang atau Guaq Chempedak, tapi dari luaq negara sebab nak berbakti.
Tapi yang dia dapat? Macam ni ja? Sampai tahap bukan takat nak beli makan tak mampu, nak hidup pun sampai tahap gelandangan punya naya.
Punya teruk bola sepak kita, sampai benda kebajikan dan hak yang bekerja pun dinafikan sampai la. Tak rasa kesian langsung pada hat jadi mangsa aniaya.
Jangan sampai Nelson bila dah takdak nanti, orang tak kenai dia sebagai pemain yang berjasa kepada Kedah, tapi mangsa keadaan yang tak dapat sebarang pembelaan.
Moga Nelson terus tabah dan berjuang nak tuntut hak dia semula. Sekupang pun jangan dok biaq halal.
Kaldai akaq punya pengurusan!






