Laman Malaysia NT Tak Reti Sekat Puak IQ 78 Ke?
Teruk sangat hinaan-hinaan datang dari ‘sana’ sejak kebelakangan ni!
Sejak saingan Piala Asean 2026 ini berlangsung, komen-komen di laman Malaysia NT yang merupakan akaun rasmi media sosial bola sepak Harimau Malaya tampak sangat meriah dengan pelbagai pandangan.
Apatah lagi Malaysia kini tampil dengan cukup menyakinkan sejak dua kemenangan lalu, yang menjadikan pelbagai pandangan dan pujian turut dilontarkan oleh para peminat kepada kem kebangsaan.
Daripada pujian, kepada pandangan, membawa kepada kritikan, segalanya diterjemahkan oleh penyokong buat prestasi bola sepak Malaysia dalam saingan Piala Asean kali ini.
Namun, ruangan komen laman Malaysia NT juga kini telah mula dicemari dengan kehadiran penyokong-penyokong bola sepak Indonesia menerusi provokasi cukup melampau.
Entah kenapa, sejak beberapa hari ini lambakan penyokong dari seberang tampak semakin melampau walaupun saingan di peringkat Kumpulan B tidak ada aksi membabitkan Malaysia dan Indonesia.
Komen rasis dan tak bertamadun
Boleh dikatakan setiap komen dari bangsa IQ 78 ini cukup menyakitkan hati, terutama sekali kebanyakannya keluar daripada konteks bola sepak dan terarah kepada penghinaan.
Selain bendera Malaysia diubah sesuka hati, mereka juga turut hadir dengan komen berbaur rasis kepada pemain Harimau Malaya dengan G. Pavithran antara mangsa hinaan.
Walaupun secara terang-terangan Pavithran merupakan anak jati Malaysia berbangsa India, masih ada yang menganggap beliau hadir dari Bangladesh dan memberi komen cukup kurang ajar untuk diperkatakan.
YDPA Agung turut dihina
Selain itu, ada juga komen biadab dengan mereka turut menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Walaupun baginda secara rasminya tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan skuad Harimau Malaya kini, bangsa IQ rendah tersebut seolah langsung tidak mempunyai akal untuk memberi pelbagai komen berbaur hinaan.
Lebih menyakitkan hati, gambar-gambar milik baginda juga telah disunting dengan begitu teruk untuk menunjukkan mereka langsung tidak mempunyai adab dalam apa-apa perkara.
Cuma itu mereka tahu
Tetapi apa nak diperkatakan? Itulah diri mereka sejak dahulu yang membesar dalam keadaan serba negatif dan sentiasa terpengaruh dengan dakyah politik setempat yang kebanyakan menyebarkan nilai positif tentang Malaysia.
Cuma sebagai rakyat Malaysia, kita jangan sesekali mengikut budaya bodoh seperti mereka dan perbalahan yang ingin dibuat juga, cukup kepada bola sepak sahaja tanpa membabitkan unsur sensitiviti.
Persoalannya kini, sampai bila laman Malaysia NT nak menyekat akaun-akaun sebegini daripada terus memberi hinaan tidak bertamadun di ruangan komen dan menyebabkan ianya menjadi lebih teruk?
Tiada sebarang kepentingan untuk mereka dalam memberi komen negatif dan berbaur hinaan sedemikian di laman rasmi kita, kerana sehingga kini tiada aksi membabitkan langsung antara Malaysia dan Indonesia.
Jika ada sekali pun, lebih baik sekat awal akaun-akaun dari sana yang hadir sekadar untuk menghina maruah negara dan YDPA kita daripada berbalah tentang bola sepak.






