Saingan English Premier League (EPL) kembali bersambung semalam dan dah melibatkan beberapa kelab beraksi, dengan macam-macam keputusan yang buat penyokong serba suka dan nak maki pun ada.
Mai masuk ke perlawanan minggu keenam ni, ada pasukan yang dah mula stabil lepas daripada segi corak dan keputusan permainan.
Tapi masih lagi ada kelab yang entah apa benda depa buat masih dok mencari lagi kesesuaian rentak permainan dan sesetengah pemain dok buat celaru biawak atas padang tak paham dengan kehendak pengurus.
Macam Man United, depa ni bawak mai jangkaan besaq sebenaqnya untuk 2026/2027 selepas depa buat kemaih pada penghujung musim lepas bawah kendalian Michael Carrick yang bergelaq pengurus interim masa tu.
Tapi tak kata la sebab apa jangkaan tu besaq, dah memang Carrick ni bawak Man United baguih masa tu lepas Ruben Amorim tak bersama kelab tu lagi. Menang sepasai, corak permainan pun fuh nalaaa baguih dok ada.
“Man United dah kembali woi!” kata Pak Akob Ulu Sedaka masa lepas tau Carrick bawak balik Man United pi ke saingan UCL dan kerap bagi mata sedap lepas perlawanan.
Tu dulu, la apa jadi?
Ha betui la, syok awai ni kadang bahaya. Nak kata lagu mana pun serba tak kena, elok timbui mai musim 2026/2027, Man United jadi macam ‘reset’ habih balik walaupun muka sama tu masih dok ada.
Permainan depa jadi kelaut, para pemain ada yang tengah dok kemuncak tiba-tiba jadi pengkaq kaki nak sepak bola tak kena, yang pengurus pun jadi ‘bodo sepat’ tak tau apa mak buat dengan pelan permainan.
Lepas harungi enam aksi EPL musim ni, Man United baru catat satu kemenangan saja noh? Ulang balik satu perlawanan saja baru depa raih tiga mata.
Selebihnya depa catat tiga kali seri dengan dua kali kalah untuk Man United dapat enam mata saja. Punya sakit sampai duduk nombor 12 liga sekarang. Yang kata nak cabaq kejuaraan liga tu.
“Tapi saingan liga awai lagi”
Ya paham awai lagi, tapi kalau dari awai dah nampak tak stabil dengan kelab-kelab pencabaq lain dok rakus balaih mata penting, nak tunggu bila baru nak mangkit? Sempat ka? Hang beratoq dekat hospital kerajaan pun menyumpah tak sabaq.
Penyokong mula baran
Pi bukak media sosial rasmi Man United tengok. Mana ada hat dok buat positif bagi komen elok-elok, semua dok taram saja. Daripada kelab, pengurus, sampai ke pemain semua kena balaih.
“Ini kelab paling tak guna kat dunia!” haa, komen ni pun ada Mat Apit jumpa. Tak percaya nak tengok bawah ni kita tempek bukti. Takkan kita saja nak habaq. Amboi marah kita pulak nah.
Tak salahkan penyokong pun depa baran. Saingan EPL masih dok tunggang langgang, kejohanan EFL pun balik awai lepas depa kalah dengan Brighton hari tu.
Kelab bawak keluaq duit banyak dah. Pemain kalau ikutkan setiap posisi pun konsisten, pengurus pun musim lepas nampak hala tuju elok dah nak jadikan Man United pencabaq.
Serba mencabaq betui!
Tapi tu lah. Serba serbi lagi tak kena musim ni. Dah macam sebelum-sebelum tu jugak. Sembang sedap buah awai, lepas tu tertungging sorang-sorang sebab masalah sendiri.
Lepas ni nak hadap Atletico Madrid pulak dalam saingan UCL. Lawan pun tengah kemaih serba serbi gak tu dalam La Liga. Tak kena gaya tempoh maki Man United ni boleh dilanjutkan lagi.
Apapun, Carrick kena tengok balik apa yang jadikan kelab kendalian dia begitu hangit torey awal musim ni. Dua kali lawan dengan pasukan yang main 10 orang tapi haram tak boleh dapat kemenangan.
Jangan nanti Ruben Amorim gelak ke hang ja Carrick tengok kena tendang jugak sebab hangat awai musim, lepas tu kelaut dalam buat pasukan macam wakil Felda Palong.






