Semalam, Manchester United meneruskan konsistensi mereka untuk mencatat kekalahan seterusnya dalam saingan Premier League musim 26/27, dengan kali ini mereka diaibkan pula oleh seteru utama, Liverpool.
Pada aksi yang berlangsung di Anfield, The Red Devils tampil dengan kekalahan besar 0-4, bawah kendalian pertama kali pengurus baharu kelab berkenaan, Mauricio Pochettino dengan aksi mengecewakan.
Lebih malang, Man United juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain dengan lebih awal, apabila pertahanan kelab tersebut, Leny Yoro dilayangkan kad merah pada minit ke-8 perlawanan.
Dengan beraksi serba kekurangan, Liverpool hadir mendominasi perlawanan dan berjaya merekodkan gol sulung pada minit ke-10 menerusi Dominic Szoboszlai, diikuti ledakan Florian Wirtz, Rio Ngumoha, dan Victor Munoz.
Kekalahan itu menyaksikan Man United kini kekal berada di zon penyingkiran dan berada pada kedudukan ke-19 liga daripada 20 pasukan bertanding. Cukup perit jika melihat situasi semasa pasukan berkenaan.
Statistik yang mengecewakan
Jika melihat kepada statistik pasukan tersebut semalam, jelas segalanya tidak memihak kepada skuad kendalian Pochettino baik daripada segi penguasaan permainan atau jumlah percubaan dilepaskan.
Dominasi penuh dipamerkan pasukan tuan rumah dengan 63% penguasaan bola, dan itu sudah boleh dijangka dengan Man United sendiri kehilangan seorang pemain sejak awal permainan berlangsung.
Lebih teruk, Man United hanya mampu merekodkan tiga percubaan tepat sahaja sepanjang aksi berlangsung dan mereka gagal untuk menterjemahkannya dalam bentuk jaringan pada aksi berkenaan.
Liverpool juga unggul dengan 514 hantaran tepat dibuat berbanding Man United (261), apabila mereka kerap kehilangan bola dan gagal mencipta persefahaman lebih baik sesama rakan sepasukan.
Pemain Man United dikecam
Tidak hanya terarah kepada individu sahaja kali ini, segelintir penyokong mengecam kebanyakan pemain Man United yang hanya gah pada nama dan status sahaja tetapi gagal memberikan impak di atas padang.
Diogo Dalot, Leny Yoro, serta Bryan Mbeumo antara yang mendapat rating cukup rendah oleh Sofascore selepas perlawanan membabitkan pasukan itu menentang The Reds di Anfield.
Malah, Matheus Cunha antara yang teruk dikritik, selepas beliau gagal menghasilkan sebarang percubaan pada aksi berkenaan dan tiada sumbangan dalam mencipta peluang gol kepada rakan sepasukan lain.
Prestasi semasa pemain seperti Bruno Fernandes juga tampak lemau, walaupun beliau ada melepaskan tiga percubaan tepat ke arah gawang gol Liverpool. Tetapi selebihnya, tiada apa-apa menarik untuk diperkatakan tentang pemain Portugal tersebut.
Banyak kerja buat Pochettino
Dengan kedudukan semasa yang semakin terancam dan prestasi pasukan berada jauh daripada tahap sebenar, ini merupakan cabaran besar buat Pochettino untuk mengubahnya semula.
Boleh dikatakan kini prestasi pemain utama dan simpanan berada pada tahap cukup mengecewakan untuk mereka kembali bangkit selepas ini mengharungi aksi UCL dan persaingan domestik.
Kehadiran Pochettino bukan sahaja untuk cuba mengubah prestasi pasukan ke tahap lebih baik, tetapi penstrukturan semula para pemain juga wajib dibuat supaya mereka tidak terus terbuai dan tersingkir pada saingan hadapan.







