Keisuke Honda: Dari Bintang Bola Sepak ke Pelabur AI Berprofil Tinggi
Nama Keisuke Honda sebelum ini sinonim dengan bola sepak Jepun di pentas dunia.

Artikel ini ditulis oleh Faiz Azizan. Anda boleh follow beliau menerusi media sosial rasmi miliknya di Facebook dan X.
Beliau terkenal sebagai pemain tengah yang pernah beraksi di AC Milan, CSKA Moscow dan mengetuai Jepun dalam tiga edisi Piala Dunia. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Honda mencipta identiti baharu yang jauh lebih mengejutkan: sebagai pelabur agresif dalam kecerdasan buatan (AI), dengan visi dan skala yang biasanya hanya dikaitkan dengan tokoh Silicon Valley.
Honda kini merupakan figura utama di sebalik X&KSK Fund, sebuah firma modal teroka yang berjaya mengumpulkan sekitar ¥15.3 bilion (hampir USD 100 juta) daripada institusi kewangan besar Jepun termasuk Sumitomo Mitsui Banking, Nomura Holdings dan SBI Holdings. Dana ini difokuskan kepada pelaburan dalam syarikat teknologi berimpak tinggi, dengan penekanan kuat terhadap AI, robotik, tenaga generasi baharu dan infrastruktur teknologi masa hadapan.
Apa yang membezakan Honda daripada kebanyakan selebriti atau atlet yang melabur dalam teknologi ialah pendekatannya yang strategik dan berani, bukan sekadar meletakkan nama sebagai pelabur pasif. Honda secara terbuka menyatakan hasratnya untuk melahirkan “decacorn” Jepun” (syarikat teknologi bernilai lebih USD 10 bilion).
Portfolio pelaburan X&KSK Fund menunjukkan keyakinan Honda terhadap AI sebagai portfolio penting.. Antara fokus utamanya termasuk syarikat yang membangunkan robot humanoid AI, teknologi automasiserta high energy solution seperti tenaga nuklear untuk menyokong keperluan tenaga pusat data AI.
Transformasi Honda daripada pemain bola sepak kepada pelabur teknologi juga menampakkan perubahan unik dalam cara atlet elit mengurus kekayaan mereka. Namun berbeza daripada trend biasa, Honda memilih untuk terlibat secara langsung dalam pembinaan nilai, menggunakan reputasi, rangkaian korporat dan pandangan strategiknya untuk menarik pelaburan institusi dan bakat teknologi dalam landskap AI global yang kini dikuasai oleh gergasi seperti Google, Microsoft dan OpenAI, kemunculan pelabur seperti Keisuke Honda membawa kelainandan menunjukkan bahawa masa depan AI tidak lagi ditentukan oleh syarikat teknologi Barat
Kisah Keisuke Honda menunjukkan situasi sudah berubah daripada menjaringkan gol di pentas Piala Dunia kepada VC dalam Tech Venture.



