Joshua Zirkzee Perlu ‘Dilelong’ Oleh Man United
Ketumpulan Joshua Zirkzee bersama Manchester United tampaknya terus mengundang rasa kecewa dalam kalangan peminat.
Tatkala Man United kini sedang berada dalam momentum terbaik, menerusi peningkatan dipamerkan oleh pemain dan taktikal dalam permainan, masih ada beberapa perkara mengecewakan.
Salah satu perkara tersebut terarah kepada penyerang The Red Devils pada saingan musim ini, Zirkzee yang mssih belum ada sebarang perubahan lebih jelas.
Zirkzee masih tumpul
Ketumpulan Zirkzee sejak hadirnya Michael Carrick selaku pengurus Man United masih lagi belum boleh diatasi, walaupun sudah diberi banyak peluang.
Entah kenapa, pemain ini seolah mengalami masalah untuk terus mencipta persefahaman lebih baik bersama rakan sepasukan di atas padang dan lebih tenang menyudahkan peluang terhidang.
Impak dan gerakannya juga menjadi sebahagian daripada kritikan para peminat, walaupun bekas penyerang Bologna itu sudah menyertai Man United sejak 2024.
Bagaimana statistik beliau?
Untuk saingan musim ini sahaja, Zirkzee hanya mampu mencatat dua gol sahaja selepas nengharungi 18 perlawanan bersama pasukan tersebut.
Malah, Zirkzee juga hanya mampu mencipta satu ‘assist’ untuk menyaksikan ianya cukup teruk buat seorang pemain bergelar penyerang utama kelab kelit.
Secara keseluruhan sepanjang bersama Man United, pemain kelahiran Belanda itu cuma mampu menyumbang 13 jaringan selepas beraksi sebanyak 67 perlawanan buat Man United.
Perbandingan bersama Sesko
Berbanding Benjamin Sesko, penyerang Slovenia ini pula semakin positif bawah kendalian Carrick, sehingga dirinya mula dibandingkan bersama Zirkzee.
Sehingga kini, Sesko sudah pun merekodkan enam gol peribadi serta mencatat satu ‘assist’ selepas mencipta 23 penampilan buat pasukan berkenaan.
Jika dilihat daripada segi statistik, ianya mungkin tidak begitu memberansangkan, tetapi impak permainan Sesko makin cemerlang dan peratusan untuk pemain itu meledak gol juga tinggi.
Zirkzee diminta tinggalkan Man United
Di media sosial, ramai penyokong mula menyuarakan hasrat supaya pengurusan menjual Zirkzee kepada pasukan lain pada jendela perpindahan seterusnya.
Kemarahan ini sudah tentu berlaku disebabkan pemain tersebut sendiri yang masih gagal mengeluarkan segalanya terbaik untuk mempertajamkan serangan Man United.
Dengan beberapa pemain serangan dimiliki oleh Man United sekarang, kelibat Zirkzee kini dianggap sudah tidak penting, melainkan beliau memperbaiki lagi kualiti permainannya di atas padang.
Sehingga kini, Bryan Mbeumo, Matheus Cunha, dan Sesko berjaya mempamerkan aksi yang baik di posisi serangan berbanding Zirkzee untuk terus dipertaruhkan.









