Jepun Ajaq Kita Dasaq Pandang Ke Timoq Semula
Kalau hangpa tengok perkembangan Jepun sejak beberapa tahun lepas, depa ni memang bukan taraf ‘underdog’ lagi dah.
Piala Dunia 2026 nak mula tak berapa lama lagi dah. Macam-macam kejutan dah jadi sementara pusingan kelayakan sebelum ni berlangsung.
Pada Mat Apit, syok la jugak bila ada negara yang haram sebelum ni kita tak pernah dengaq pi main Piala Dunia tiba-tiba layak. Yang selalu ramai dok puja macam Itali terkandas.
Haaa, tidak depa kata takdak elemen kejutan langsung. Sabit-sabit negara sama ja dok layak, yang menang pun kita dah boleh agak. Mana nak syok lagu tu.
Dah layak pi Piala Dunia ni, Mat Apit macam biasa la fokus kat kelab dari Asia macam Jepun. Pasai 2022 dulu depa ni buleh buat kita terkejut beruk.
Terutama sekali masa Jepun pi taram Jerman. Sapa nak sangka? 2-1 menang. Tak cukup situ, depa siap balaih Sepanyol lagi dengan keputusan sama.
Aksi-aksi terbaru depa ni pun sangat menyakinkan, depa memang nampak bersedia sangat-sangat dah nak pi Piala Dunia 2026.
Bukan sebagai peserta lagi, tapi pencabaq
Persoalan dia la ni, macam mana depa ni baguih sangat?
Okay, mai kita cangak (tengok kot hangpa tak paham) balik aksi persahabatan semasa Jepun baru-baru ni di pentas antarabangsa.
Depa baru selesai hadap dua pasukan Eropah bagi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan bertemu Scotland dan England.
Dua aksi ni Jepun selamba badak ja tibai Scotland 1-0 dan ulang keputusan sama masa lawan England. Pakej kat Wembley lagi tu.
Dah la menang, tak bolos sepasai. Lawan pulak bukan cikai-cikai, negara Eropah tu, tambah England yang ramai muka-muka hebat kat atas padang.
Sebelum ni pun depa cipta rekod dah. Buat pertama kali dalam sejarah Jepun tewaskan Brazil dengan keputusan 3-2 dan kemudian konsisten menang tanpa bolos masa berjumpa Ghana serta Bolivia.
Statistik Hajime Moriyasu yang cukup surrr!
Nampak muka macam tak ada aura langsung nak jadi pengurus di Piala Dunia tapi tu la, hangpa suka tengok pada muka bukan pada isi.
Hajime ni punya statistik berdepan negara Eropah hebat yarabbi kot? Buat macam lawan negara-negara Asia Tenggara ja keputusan dia catat.
Enam aksi berdepan negara Eropah, satu pun tak kalah. Seri pun sekali ja masa lawan Croatia (1-1), selebihnya semua menang termasuk aksi terbaru berdepan England.
Jerman? Sepanyol? Serbia? England? semua dah merasa aib dah bawah kendalian Hajime ni. Maknanya depa memang sangat bersedia untuk aksi Piala Dunia akan datang.
Adakah ini detik kebangkitan depa?
Dak jugak. Sejak bila depa ni ada saat kegemilangan dalam dunia bola sepak? Memang takdak.
Inilah proses pembangunan yang berjaya depa buat hasil sistem yang berjaya melahirkan ramai bakat-bakat muda hat berkualiti untuk depa ketengahkan.
“Ooo puak ni power kes main kat Eropah la ni.”
Noh, hangpa silap. Sebetuinya tanggapan kita ni tak betui. Depa power bukan sebab main di Eropah. Tapi sistem liga tu sendiri yang bentuk pemain jadi hebat, sampai tarik perhatian kelab luaq.
Sebetuinya, Eropah ni cuma destinasi buat pemain-pemain yang memang dah hebat kat liga dan bersedia mencabaq suasana baharu saja.
Pasaran depa ke Eropah la ni bukan untuk pembangunan, tapi dah jadi urusan perniagaan yang bagi untung untuk pihak terlibat.
Macam mana liga depa ni hebat?
Dalam Asia, Jepun ni antara yang ada proses paling tepat dalam pembangunan pemain menerusi saingan liga depa sendiri.
Depa ni bukan mula sejak 50-60 tahun lepas, tapi 1993 baru J League ditubuhkan secara rasmi dengan ada 10 pasukan saja.
Ditubuhkan pula secara komuniti tau bukan hak milik kekai syarikat persendirian dengan berfokuskan pada akaq umbi.
Setiap kelab pula wajib ada pasukan pembangunan B-12, B-15, B-18 dan semua ni dibangunkan secara seragam seluruh negara.
Semua ni juga berpaksikan kepada empat elemen yang berhubung dalam satu sistem:
•Pasukan kebangsaan
•Pembangunan belia
•Pendidikan jurulatih
•Akar umbi
Jika dulu depa bermula dengan 10 kelab, la ni depa boleh berbangga dengan 60 pasukan aktif membangunkan pemain dan berjaya memasarkan mereka yang baguih serta bersedia ke Eropah.
Hasilnya? Macam yang kita boleh tengok la ni. Depa ada pemain yang baguih, liga domestik berkualiti, lahirkan ramai bintang untuk perkukuhkan pasukan kebangsaan.
Jepun la ni bukan lagi ‘underdog’ tapi depa ‘dark horse’ yang mungkin boleh cipta kejutan untuk pi lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2026.
Depa ada,
•Jurulatih yang berkualiti
•Pemain yang semua berkebolehan tinggi
•Semangat kuat untuk atasi cabaran
Tinggai Mat Apit dengan hangpa nak nganga depa tv pepak kuaci cap bunga ja tengok sejauh mana depa boleh pi.
Kita di Malaysia? Bertunjai dahi la antara satu sama lain dulu. Senang!






