JDT ‘Pecahkan’ Tembok Tebal Yang Pernah Dianggap Mustahil
Dalam tempoh 13 tahun, JDT telah pun membuktikan segalanya mampu dicapai, walau dianggap mustahil untuk digapai pada suatu ketika.
2025/2026, jadi satu lagi musim buat Johor Darul Ta’zim (JDT), untuk menjadi satu-satunya wakil tunggal dari Malaysia yang mengharungi kejohanan AFC Champions League Elite (ACLE).
Sukar atau tidak, Harimau Selatan mengambil tanggungjawab cukup besar untuk cuba membawa maruah bola sepak Malaysia ke arah lebih tinggi, dan pernah dianggap sukar dalam kalangan peminat.
JDT pertama rangkul trofi Asia dari Malaysia
Jika perkara ini kita bercakap dahulu, mungkin ramai akan menganggap sukar atau mustahil buat mana-mana kelab dari Malaysia untuk cuba mencabar pasukan gergasi luar negara seperti Jepun.
Malah, lawan kita harungi di rantau Asia Tenggara ini pun kadangkala tidak mendatangkan hasil yang positif ketika di saingan AFC.
Sebaliknya, JDT muncul pasukan pertama negara yang menutup naratif itu menerusi kejayaan merangkul kejuaraan AFC pada tahun 2015 untuk membanggakan negara dan Asia Tenggara.
Bukan sekadar cabar Asia
Selepas itu, Harimau Selatan langsung tidak berpuas hati dengan trofi tersebut, tetapi mereka merangka untuk cuba mencabar kejohanan ACLE pula.
Ya, kejohanan yang jauh lebih besar dan merupakan suatu kebanggaan buat mana-mana negara yang menghantar wakil kelab di kejohanan tersebut.
Untuk JDT, menetapkan diri mereka di kejohanan tersebut setiap tahun secara konsisten juga boleh dianggap sebagai suatu pencapaian, kerana ramai sudah mengenali nama kelab berkenaan.
Bermula dengan kritikan dan kecaman dari luar, tiada siapa menyangka pasukan yang dianggap kecil pada mata Asia ini, sudah berani memberi tentangan sengit buat kelab elit lain dari Jepun atau Korea Selatan.
Setiap musim, JDT sentiasa mengenali masalah dihadapi mereka di kejohanan Asia dan cuba mengatasinya secara perlahan-lahan untuk bertambah baik.
Ya, mereka tidak sempurna. Namun semua melihat bagaimana perlahan-lahan JDT memastikan sistem mereka terus berkembang dan menjadi lebih positif pada setiap musim diharungi.
JDT pecahkan dinding yang tidak ada kelab lakukan
Tewaskan kelab gergasi Jepun, memberi persaingan kepada kelab Asia lain, dan berada dalam kelompok terbaik antara perkara yang suatu ketika kita anggap cuma impian di Malaysia.
Bagaimana usaha Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor (PSJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sejak awal bersama kelab, usaha baginda yang suatu ketika pernah dipandang sepi kini mula mendapat perhatian penuh.
Pada akhirnya, semua pun perlu mengakui walau dalam diam hanya JDT yang menjadikan bola sepak di Malaysia kekal bernafas sehingga ke Asia walau ia cuba dinafikan sesetengah pihak.













