Inilah Cabaran Mungkin Diimpikan JDT
Berdepan kelab elit Jepun mungkin tidak mudah, tetapi inilah cabaran terbaik yang mungkin diimpikan JDT demi suatu kebanggaan buat negara.
Hari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghadapi cabaran yang sangat besar untuk permulaan tahun 2026, dengan mengharungi aksi seterusnya di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) menentang wakil kelab dari Jepun, Sanfrecce Hiroshima.
Jika kita imbas perjalanan Harimau Selatan pada permulaan 2026, mereka masih lagi belum tewas, dan berjaya mencatat semua kemenangan bagi aksi peringkat domestik.
Persediaan JDT
Dalam kalangan peminat, ada yang menyatakan JDT sedang berada dalam momentum terbaik sebagai sebuah persediaan sebelum mengharungi kejohanan ACLE.
Malah, Xisco Munoz sendiri tampak bersedia untuk menghadapi perlawanan ini,dengan terdahulu beberapa perubahan dan sedikit rombakan terus dilakukan demi mencari satu formula bersesuaian berdepan kelab elit dari Jepun tersebut,
Beberapa muka baharu turut ditandatangani untuk menambah kedalaman semasa skuad berkenaan sebelum melalui hari ini dengan lebih berkeyakinan.
Cabaran buat JDT
Berdepan di gelanggang lawan, jelas ini merupakan cabaran yang sangat getir, kerana persiapan mental juga menjadi suatu keutamaan untuk wira-wira Harimau Selatan menelan tekanan daripada penyokong lawan.
Selain itu, laman peminat JDTFC di media sosial X sendiri sebelum ini pernah menyatakan tiga cabaran bakal dihadapi para pemain JDT seperti
•Disiplin dan taktikal tinggi
•Cuaca sejuk mencabar
Lumrah buat kelab seperti JDT
Hendak menjadi sesuatu yang hebat, mereka tidak boleh kekal selesa. Itulah JDT. Sentiasa mencabar perkara yang kadangkala di luar dugaan ramai.
Seperti hari ini, Harimau Selatan bakal berdepan dengan salah satu kelab yang berada dalam kelompok 20 terbaik Asia serta dibarisi oleh beberap pemain kebangsaan Jepun.
Kedengaran sukar, tetapi itulah yang sentiasa dicari JDT untuk membentuk diri menjadi kelab terbaik dan salah satu contoh kepada pasukan-pasukan dari Asia Tenggara.
Keyakinan peminat
Walau menyedari hakikat kekuatan dan pengalaman lawan, penyokong JDT kekal optimistik memberi sokongan padu mereka kepada Harimau Selatan.
Pedulikan seketika tentang kekuatan, statistik, atau pengaruh lawan, hadapi dahulu dalam tempoh 90 minit untuk menentukan segalanya.
Kerana ini merupakan salah satu pengalaman yang cukup ‘mahal’ buat mereka, tatkala tiada satu pun pasukan dari Malaysia merasainya pada musim 25/26.
Menang merupakan suatu keputusan cukup hebat untuk diperkatakan, selebihnya, tiada penyesalan kepada JDT kerana mereka sudah menggunakan medan yang betul untuk mengasah pengalaman dan melihat sejauh mana kekuatan semasa.











