Main dengan Real Madrid modai kena maki saja tiap minggu. Yalah, dok atas padang punya lama, tapi nak boleh buh gol cukup susah, dakpun nak sumbang jaringan. Itulah Vinicius Jr.
Musim ni, boleh kita katakan yang Vini betui-betui berada dalam tekanan. Prestasi makin teruk sepasai, rekod gol pun tak tara mana dengan kelab, dah tu persaingan makin sengit.
Mai pulak Yan Diomande musim ni yang tiba-tiba begitu menjadi bawah Jose Mourinho, makin serabut perut Vini nak buktikan kemampuan dia yang masih lagi berbaloi buat Real Madrid terutama dalam kesebelasan utama.
Hang pi bukak media sosial pulak, kiri kanan rapat mengata dia. Tak masuk ada isu layangan kad merah lagi ke Vini, sampai member kena gantung sat beberapa perlawanan dengan kelab.
Pendek kata, malang atau bahasa belah Jeniang habaq, suwey tak tau kata dah Vini ni. Tak kena gaya ni musim terakhir dia dengan Real kalau tengok pada nasib pemain ni atas padang yang serba tak menjadi.
Tiba-tiba meletup
Tapi tu lah, malang tak selamanya berpanjangan. Ada hari nak menjadi tu, nah Vini diibaratkan menampaq kepala sorang-sorang hat dok mengata dia pi juai soya lagi baik daripada main bola dengan prestasi kembali memukau.
Pada aksi antarabangsa baru ni, Vini yang bersama skuad kebangsaan Brazil telah menghadapi Jepun dengan depa merekodkan kekalahan 2-3. Ya kalah, punya dajei Brazil la ni kat pentas antarabangsa.
Tapi kita bukan nak cakap pasai pasai nasib malang Brazil, tapi pasai prestasi individu Vini yang cukup memukau ketika depa berdepan cabaran Jepun di Singapura.
Apa yang Abang Vini kita buat?
Imbas balik aksi tersebut, Vini tampil meledak dua gol peribadi baqhang ketika berdepan Jepun, dan dia sendiri jadi individu cukup penting dalam menghidupkan barisan serangan Brazil.
Kalau tengok pada senarai kesebelasan utama Brazil pada aksi tu, ramai dok ingat Raphinha bakal mainkan peranan besaq dan Vini akan teruih menjadi Vini. Yang tak boleh kita nak harapkan.
Tapi itulah sebaliknya, Raphinha bukan saja macam tak wujud atas padang, tapi turut beremosi sampai dok bertengkaq dengan pengadil. Yang syoknya, Vini sendiri pulak yang kita tau kepala angin selama ni dok bagi Raphina bertenang.
Vini bukan saja ledak dua gol, tapi peranan beliau sendiri yang beberapa kali bagi pertahanan Jepun kucar kacir menerusi gerakan dia yang kita nampak kembali yakin serta lincah.
Statistik tak menipu
Diberi rating tertinggi perlawanan sebanyak 9.4/10 mata oleh Sofascore, Vini jadi antara pemain yang cukup aktif pada aksi berkenaan dalam menghidoppkan siri serangan Brazil.
Hangpa boleh tengok statistik yang Mat Apit bentangkan dekat bawah ni, cukup baguih dan ianya ibarat Vini yang kita besa tengok sebelum dia bedah muka dulu dah pun kembali semula.
Cerita dia, ada sebab Carlo Ancelotti ni teruih percaya ke Vini, sebab dia sendiri pernah latih pemain tersebut jadi antara pemain serangan terbaik dunia seketika.
Berita baguih buat Real Madrid
Dengan prestasi Vini yang dilihat kembali positif, dah tentu ini menggembirakan kem Real Madrid untuk teruih bagi kepercayaan dekat pemain ter sebut lepas tugasan antarabangsa selesai nanti.
Apapun, kita kena sedaq jugak. Ini baru satu perlawanan dan Vini kena buktikan lagi pada aksi seterusnya berdepan Singapura. Nampak lawan senang kan? Tapi kalau Vini gagal buat apa-apa, siap la dia kena taram balik oleh pemerhati dan penyokong.
Apapun, selamat kembali Vini dan hang tingkatkan lagi prestasi kalau nak kekal lama di puncak tertinggi. Serta toksah dok kalut dengan isu luaq padang. Benda ni orang meluat.
Main elok, perangai elok, sapa ja tak suka? Buktikan ja atas padang hang masih lagi berguna, kalau dak elok mai Kedah jadi joki Nasi Lemak Royale. Sapa tak marah. Habih kuat time hang candi kuah tak kena ja baru kena maki.






