Kebelakangan ini, pergaduhan atau perang mulut membabitkan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia tampak semakin panas di pelbagai platform media sosial.
Pergaduhan atau perang komen sesama penyokong sebenarnya bukanlah perkara baharu tetapi sudah berlanjutan sejak bertahun lamanya disebabkan sukan bola sepak di pentas antarabangsa.
Cuma isu berkenaan tampaknya kian hangat berlaku kini terutama sekali apabila membabitkan pertemuan Malaysia-Indonesia dalam saingan Piala Asean FIFA 2026 beberapa hari lalu.
Pada aksi berkenaan, kedua negara tersebut saling terikat seri 0-0 selepas masa penuh perlawanan dan pertelingkahan di media sosial terus panas dalam kalangan mereka.
Tidak cukup itu, kemuncak pergaduhan penyokong Malaysia-Indonesia berlanjutan pula apabila Sang Garuda mara ke pentas akhir dengan cara yang kontroversi dan memintas Malaysia menerusi perbezaan gol sahaja.
Tak perlu layan provokasi bodoh Indonesia
Jika dilihat, Indonesia hadir dengan pelbagai provokasi dalam kalangan penyokong mereka, sehingga komen-komen sensitif dan bersifat bodoh dilemparkan ke laman-laman bola sepak Malaysia.
Malah, ada penyokong yang keluar daripada konteks asal mereka dalam dunia bola sepak sehingga ia membabitkan sensiviti Malaysia yang jelas sangat menyakitkan hati.
Pada pandangan kami, kita tak perlu langsung untuk termakan dengan provokasi atau melayan hujah-hujah IQ rendah mereka kerana taraf mereka jauh di bawah kita daripada segi kehidupan sosial.
Malah dalam dunia bola sepak pun, mereka hanya boleh berbangga daripada segi kedudukan ranking kerana ‘pemain-pemain luar’ yang memacu negara tersebut untuk ke atas.
Sistem pembangunan bola sepak Indonesia sendiri kini dilihat tidak jelas dan tiada muka-muka baharu berkualiti dapat diperkenalkan mereka untuk skuad senior negara.
Malaysia jauh lebih baik
Kita mungkin rendah daripada segi kedudukan ranking, tetapi sistem pembangunan bola sepak kita masih lagi baik dan dibuktikan oleh Tan Cheng Hoe menerusi pengenalan muka-muka tempatan baharu buat Harimau Malaya.
Bandingkan sahaja ‘wonderkid’ mereka terdahulu, Marselino Ferdinan yang tenggelam dalam karier dan Arif Aiman kini sedang memuncak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Malaysia.
Malah, Ahmad Syihan Hazmi, Harith Haiqal, Syahir Bashah, Faisal Halim, malah jurulatih kita sendiri merupakan anak jati tempatan yang masih diberi kepercayaan untuk membaawa maruah negara dan dibangunkan oleh bola sepak Malaysia sendiri.
Bukan langkah segera mendapatkan pemain warisan yang sudah terbukti di Eropah dan dipanggil bermain untuk membawa maruah bola sepak Indonesia seperti kita lihat sekarang.
Selain itu, saingan bola sepak sepak tempatan kita juga masih berkualiti untuk kita bandingkan dengan Indonesia yang sehingga kini masih gagal menghantar wakil pasukan mereka ke pentas ACL Elite.
Jadi, tak perlu kita sebagai penyokong Malaysia terbawa-bawa dengan provokasi Indonesia yang sangat tidak bertamadun, termasuk pengacara dari negara berkenaan juga mempunyai pemikiran kelas bawahan.
Kita ada kelas. Taraf kita lebih baik. Biarkan sahaja, anjing pun akan letih untuk berbunyi jika kita pada akhirnya tidak melayan.





