Chelsea terus tampil serba tidak menyakinkan kini, dengan terbaharu mereka merekodkan kekalahan besar di tangan Leeds menerusi keputusan 1-4, ketika perlawanan berlangsung di Stadium Stamford Bridge.
Walaupun berkelebihan di halaman sendiri bersama sokongan padu penyokong, entah kenapa Chelsea tampak langsung tak bermaya dan pendekatan taktikal yang begitu mudah dipatahkan oleh pasukan pelawat.
Jika diikutkan aksi semalam, Chelsea sebenarnya lebih menguasai permainan berbanding Leeds, tetapi disiplin pertahanan mereka begitu menonjol dengan pelbagai kesilapan demi kesilapan mudah dibuat.
Sedangkan Leeds pula tampak selesa dan berjaya mengulangi pencapaian 1999 lalu apabila mereka mencatat kemenangan di Stamford Bridge dengan begitu cemerlang.
Pemain lincah mereka, Noah Okafor sendiri tampil sebagai mimpi buruk buat skuad kendalian Xabi Alonso, apabila beliau berjaya merekodkan dua jaringan peribadi dan menjadi ancaman terbesar kepada pasukan tuan rumah.
Pertahanan yang cukup teruk
Usai perlawanan, ruangan komen media sosial Chelsea diserang para penyokong The Blues yang jelas tidak berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan tersebut di pentas domestik, baik daripada segi keputusan atau reputasi pengurus, Xabi Alonso.
Semenjak menyertai Chelsea, pasukan tersebut sebenarnya cuma merekodkan 3 kali ‘clean sheet’ yang turut merangkumi aksi EFL Cup lalu ketika mereka berdepan cabaran Luton Town.
Selebihnya, mereka konsisten dibolosi dalam setiap perlawanan dan Chelsea sendiri antata pasukan paling banyak melepaskan gol kepada pihak lawan musim ini dalam saingan Premier League.
Sedangkan Chelsea sebenarnya dibarisi ramai pertahanan bintang dan penjaga gol berpengalaman seperti Emiliano Martinez untuk dipertaruhkan, tetapi ianya masih belum cukup menyakinkan sehingga kini.
Pemain seperti Levi Colwill, Pep Chavarria dan Josh Acheampong dilihat masih lagi bergelut daripada segi penyesuaian diri mereka bersama Chelsea dan antara paling kerap membuat kesilapan-kesilapan tidak sepatutnya serta memberi kelebihan kepada lawan.
Pada masa sama, Reece James dan Maxence Lacroix masih lagi dihantui isu kecederaan untuk membantu Chelsea mengukuhkan lagi struktur pertahanan supaya menjadi lebih stabil menerusi kualiti dan pengalaman dimiliki.
Xabi Alonso dikecam
Ya, Xabi sendiri tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan kerana menjadikan Chelsea begitu teruk pada musim ini di posisi pertahanan, walaupun bahagian serangan tampak semakin menyakinkan.
Tetapi apa guna, jika setiap yang terhasil perlu dibayar dengan mereka kerap dibolosi juga akibat kualiti pertahanan tidak menyakinkan sehingga kehilangan mata-mata penting dalam perlawanan diharungi.
Dengan kekalahan demi kekalahan dicatat dan persembahan permainan yang semakin menurun, kritikan keras terus dibetikan supaya Xabi dapat memperbaikinya atau kehilangan tugas dengan lebih awal sebelum tirai saingan berakhir.
Ketika ini, ada juga yang menganggap Xabi tidak ubah seperti Michael Carrick yang menghadapi kesukaran menguruskan sebuah pasukan besar dengan konsisten, walau memiliki ramai pemain berstatus bintang dalam skuad.
Malah, ada juga mahu pengurusan tertinggi kelab untuk memberikan amaran keras kepada Xabi dan memberi contoh Antonio Conte sebagai calon pengurus terbaik jika Xabi tidak lagi bersama The Blues pada masa hadapan.
Perubahan perlu dibuat
Dengan prestasi semasa Chelsea yang tidak menentu kini, suka atau tidak Xabi perlu memikirkan perubahan terbaik daripada segi pendekatan taktikal dan kesesuaian pemain di kesebelasan utama kelak.
Malah, beberapa pemain yang bersifat pertahanan juga perlu ditandatangani bagi jendela perpindahan akan datang kerana keadaan semasa posisi tersebut buat Chelsea kini sangat teruk.
Apapun, perjalanan liga mungkin masih panjang, tetapi Xabi tidak boleh melepaskan sebarang mata lagi kerana mereka akan terus ketinggalan jika prestasi semasa terus dikekalkan pada aksi-aksi akan datang.






