England Belum Layak Di Piala Dunia 2026
Dengan prestasi semasa yang sangat goyah, ada yang menganggap England mungkin pulang lebih awal kali ini di pentas Piala Dunia 2026.
Selepas mencatat keputusan positif di pentas antarabangsa, akhirnya England menerima tamparan keras menerusi kekalahan mereka di tangan Jepun.
Pada aksi persahabatan baru ini, England hadir dengan barisan pemain bintang mereka di segenap posisi, termasuk siri serangan yang diketuai oleh tonggak Manchester City, Phil Foden.
Bermula dengan penguasaan permainan yang baik, England kemudian dilihat mula alpa dan secara tiba-tiba Jepun menghukum mereka menerusi siri serangan balas pantas.
Hasil gerakan pantas dan tersusun, Jepun mengajar England yang mereka sebenarnya masih mempunyai siri kelemahan ketara daripada segi disiplin pertahanan sehingga gol tercetus menerusi Kaoru Mitoma.
Keputusan tersebut kekal sehingga ke penghujung perlawanan, walaupun England kerap melancarkan serangan mereka ke arah kubu pertahanan pelawat.
Jepun tunjuk kelemahan sebenar England
Pada aksi berkenaan, Jepun menunjukkan England sebenarnya masih mempunyai kelemahan ketara terutama sekali mengenai,
•Disiplin pertahanan
•Kreativiti serangan
•Tidak agresif
Siri kelemahan tersebut jelas sangat ketara pada perlawanan berkenaan, terutama sekali struktur pertahanan England yang begitu mudah diatasi oleh siri serangan Jepun ketika penghasilan gol.
Daripada siri kreativiti serangan, mereka mampu mencipta beberapa peluang terbaik, pada masa sama pasukan kebangsaan berkenaan juga gagal meningkatkan kualiti lebih menyakinkan sewaktu cuba mendapatkan gol.
Pada aksi berkenaan, England telah merekodkan 19 percubaan dengan empat sahaja daripadanya tepat ke sasaran gol. Ini menunjukkan tahap ancaman mampu dibawa pasukan berkenaan cukup lemah ketika berdepan dengan skuad berdisiplin tinggi seperti Jepun.
Suara peminat mula risau
Hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum tirai saingan Piala Dunia 2026 berlangsung, kerisauan mula terbit dalam kalangan peminat setia England di media sosial.
Pastinya Tuchel menjadi sasaran utama untuk memperbaiki kembali mutu permainan pasukan tersebut yang dilihat masih longgar di segenap posisi ketika bertemu kelab sekuat Jepun.
Dengan menjadi antara pasukan tumpuan, pastinya ramai berharap supaya England tidak pulang awal kali ini, ditambah dengan barisan pemain berkualiti dimiliki mereka.
Masih ada masa untuk Tuchel
Ketika ini, pengendali tersebut masih memiliki masa untuk menilai kesesuaian taktikal dan barisan pemain di kesebelasan utama dan simpanan bagi saingan Piala Dunia akan datang.
Pengendali tersebut perlu membuang naratif sesetengah peminat yang beranggapan England mungkin masih belum sedia untuk kejohanan Piala Dunia kali ini dengan melihat beberapa permasalahan lalu.
Apapun, Jepun berjaya memberi pengajaran terbaik untuk mereka tidak terus selesa dan menilai kelemahan-kelemahan semasa perlu diperbaiki.






