Manchester United kini dilaporkan mungkin bakal mendapatkan pengurus baharu, selepas nasib pengendali semasa mereka, Michael Carrick dikatakan berada pada situasi yang semakin sukar.
Untuk awal musim 26/27, Man United boleh dikatakan berada pada tahap cukup sukar untuk kita katakan, dengan mereka kini berada di kelompok bawahan liga, serta hadir dengan reputasi langsung tidak menyakinkan.
Sehingga kini, prestasi semasa Man United masih lagi pincang, dengan percaturan taktikal kurang menjadi, isu dalaman, dan prestasi beberapa tonggak utama kurang menyakinkan.
Padahal, kebanyakan daripada mereka yang membawa kegemilangan Man United musim lalu masih lagi kekal kini termasuk Carrick yang pernah dijulang penyelamat pasukan.
Disebabkan itu, beberapa perbincangan telah dibuat oleh pengurusan tertinggi dan masa depan Carrick masih belum ditentukan, namun ada laporan menyatakan The Red Devils sudah mempunyai beberapa calon pengurus baharu jika beliau dipecat.
Pochettino nama panas
Nama Mauricio Pochettino kini antara yang hangat dikaitkan sebagai calon utama pengurus Man United jika Carrick disingkirkan oleh pihak pengurusan tertinggi kelab.
Selain Carrick, ada dua lagi pengurus berpengalaman yang dilaporkan turut menjadi calon untuk mengisi kekosongan tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku untuk mengharungi saingan 26/27.
•Eddie Howe
•Julian Nagelsmann
Jika dilihat pada senarai nama ini, masing-masing mempunyai reputasi tersendiri dalam dunia pengurus profesional dan hanya Nagelsmann sahaja tidak pernah mengendalikan kelab dalam saingan Premier League.
Eddie terdahulu pernah mencipta reputasi dalam menaikkan prestasi Newcastle United sehingga mereka muncul juara EFL Cup pada saingan musim 24/25 dan menjadi salah satu kelab digeruni EPL.
Selain itu, Pochettino sendiri pernah membawa Tottenham Hotspur mara ke final UCL pada musim 2018/2019 sebelum mereka mencatat kekalahan di tangan Liverpool.
Beliau juga pernah mengendalikan Chelsea seketika dan memastikan pasukan tersebut muncul naib juara EFL Cup pada saingan musim 2023/2024.
Kenapa Pochettino kurang digemari penyokong
Jika kita lihat di media sosial, tak ramai penyokong Man United yang suka dengan situasi semasa, apabila Pochettino dikatakan sebagai calon utama selaku pengurus baharu Man United.
Pada anggapan mereka, tiada perubahan besar mampu dilakukan Pochettino kerana reputasi beliau di pentas EPL terdahulu juga tidak begitu hebat dan meraih sebarang kejuaraan.
Malah, ramai menganggap pasukan tersebut bakal mengulangi kesilapan sama dalam pelantikan pengurus baharu yang gagal mengubah prestasi Man United menjadi lebih baik.
Selain kredibiliti Pochettino yang dipertikaikan, penyokong sebenarnya mahu perubahan lebih besar dilakukan dalam pucuk pimpinan kelab dengan menyifatkan pemilikan baharu perlu dibuat dan tidak hanya melihat kepada pengurus serta pemain sahaja.
Tidak guna jika pengurusan silih berganti, jika punca utama kepada kejatuhan kelab masih lagi tidak dibuat dan kekal untuk masa hadapan, itulah yang dirisaukan mereka mengenai masa depan pasukan.






