Bola sepak dalam Malaysia sekarang ni lebih banyak benda buruk kita dengaq daripada perkara yang elok kalau kita perati betui-betui.
Hat positif pun, mungkin Johor Darul Ta’zim (JDT) saja yang pulun setiap musim nak naikkan taraf bola sepak Malaysia daripada segi pengurusan sampai ke prestasi di pentas tertinggi Asia.
Orang luaq kalau bercakap pun mungkin sebab benda baguih yang JDT buat, selebihnya tak ada sapa nak cakap.
Nak cakap apa sangat kalau setiap musim timbul bab hutang, gaji pemain sangkut, dan semua perkara ni berkaitan dengan kewangan. Mula gah, lepas tu pertengahan musim lup.
Gaji pemain sangkut, pengurusan culas bayaq, kalau dapat pun kadang terkandas beberapa bulan dulu. Lagi sadis, kelab hilang teruih pada musim akan datang.
Nak dapat penaja pun satu hal yang susah la ni dengan persoalan yang sentiasa akan berbunyi:
“Apa benda kelab hang boleh bagi kalau aku aku taja? Jaminan apa boleh dapat? Fan base hang kukuh dak mai stadium? Kuasa membeli tu kuat dak?”
Ha, lebih kurang lagu tu la. Pusing pi mai perkaitan antara penyokong dan pasukan tu cukup kuat. Sebab benda ni la yang nak tarik penaja.
Tapi, kalau penyokong pun tak kuat, kelab pulak jenis lapaq nak tandatangani pemain bintang tak tengok kantung kewangan dalam jangka masa panjang, jadi la macam KLFA.
Apa depa buat?
Semalam gempaq gak dalam dunia bola sepak, apabila KLFA dilaporkan guna khidmat pinjaman berlesen untuk kegunaan depa dalam sukan tersebut pada musim 2022.
Hat paling teruknya, KLFA gagal selesaikan pembayaran tersebut yang bernilai RM1 juta tanpa cagaran dengan faedah 8.4%.
Jadi, semua pakat riuh dah. Pengurusan berpengalaman macam KLFA pun boleh pi sangkut dengan pinjaman berlesen nak uruskan perjalanan depa dalam bola sepak.
Sapa yang buat pinjaman ni?
Ikut laporan BFM Radio, Khalid Samad dengan Toh Hong Chye didakwa tandatangani jaminan peribadi untuk pinjaman tersebut.
Masa tu, Khalid Samad ni Presiden KLFA sejak 2019 sampai ke 2024, sebelum dia lepaskan jawatan tersebut dengan perkara yang kita sekarang tak duga berlaku dalam pengurusan persatuan tersebut.
Ikut kronologi, pada 27 September 2022, depa ni dah langsaikan sikit sebanyak RM250,000. Disember kemudian, depa pi pinjam tambahan semula dengan nilai sama dengan syarat langsai tempoh 3 bulan.
Lepas tu depa ni ada minta lanjutan tempoh pembayaran. Jadi depa ni diberi tarikh sampai 10 Oktober 224. Ikut rekod laporan, sejak 2022 sampai 2025, KLFA ada langsaikan sebanyak RM406,000, tapi masih tak selesai sepenuhnya pun.
Jadi la ni, syarikat pinjaman Appasia Capital tuntut balik sekitar RM1.044 juta. Depa turut tuntut faedah 18% setahun tu sampai penghakiman dibuat.
Masa sama, KLFA ni cuba bataikan saman sebab depa dakwa individu yang dinamakan sebagai defendan bukan lagi pemegang jawatan dalam organisasi tersebut.
Merapu sangat dah ni
Dengan apa yang berlaku, kita boleh kata kebanyakan kelab semakin merapu dah ni dalam mendapatkan sumber kewangan hat lebih baik untuk bola sepak.
Walaupun tu kes 2022, dia membawa sampai ke sekarang dan tak mustahil jugak satu hari nanti ada pengurusan kelab lain guna cara sama nak cari duit dengan mudah.
Kalau dah tak mampu, tutup sahaja kelab dak pun pi ke alternatif Liga A1 yang kita tengok lebih baguih untuk depa bina semula kewangan sebelum betui-betui mampu pi Liga Super.
Jijo Alfonso penah habaq dah dulu dalam Rock Ooo! (2013):
“Macam kapal selamlah Mi, kalau dah tak boleh selam, naik ke darat, buat reban,”
Kalau tak mampu jangan dok paksa pi, sedaq diri takat mana kemampuan. Jangan tengok kelab lain yang lebih berjaya. Depa boleh naik sebab pengurusan dan kepimpinan bijak.
Bukannya tak ada otak pi buat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen. Lepas tu pusing sana sini nak bayaq sampai faedah naik melampau-lampau.
Harapnya, bila timbul saingan musim ini, takdak lagi la masalah gaji berlaku sampai habih nasib-nasib pemain dan staf lain teraniaya sebab beban dok jadi.
Kalau tak mampu, undur diri. Jangan nak susahkan diri sampai terpalit habis aib bola sepak dalam negara kita.






