Selama Mat Apit membesaq dengan bola sepak Malaysia ni, berapa ratus bakat dah yang pada awainya dicanang masa depan negara tapi mai ke peringkat senior lupp.
Lupp atau lingkup yang kita kata tu kadang bukan pasai kualiti permainan dia makin merapu saja, tapi aturan perjalanan depa dari peringkat pembangunan nak pi ke pentas senior tu kadang masih celaru.
Kita tolak tepi sat pasai Arif Aiman. Ni contoh pembangunan yang betui berjaya. Daripada akar umbi, ke pembangunan, dan transisi dia dapat tempat utama dengan JDT sampai menyerlah ke luaq negara tu jarang ada.
Cerita dia, tak semua kelab mampu tawarkan tempat dan peluang dekat pemain muda macam JDT buat ke Arif. Dan tak semua pemain tu sendiri ada jalan yang baguih nak berkembang masa dengan pasukan senior.
Macam berbelit kan? Cerita dia kelab tempatan kita sendiri pun susah untuk anak-anak muda ni serlahkan bakat. Pi mai pi mai, hang tak konsisten duk la kat bangku simpanan.
Mau dok tengah berkembang elok pun tiba-tiba sangkut dengan masalah gaji, isu dalaman, peralihan jurulatih dalam masa singkat, sampai terbantut perkembangan anak muda.
Isu lain buat Tierney
Anak muda sorang ni lain macam sikit. Pada usia muda dia asah bakat dengan sebaik mungkin bersama JDT II untuk bentuk jadi lebih bersedia ke peringkat senior.
2024, dia mulakan karier sulung dekat luaq negara dengan Chonburi di Thai League 2 dengan status pinjaman sebelum melonjak ke Thai League 1 pulak bersama Nakhon Pathom bagi musim 25/25.
Masuk musim 25/26, Tierney kembali ke Malaysia dengan sertai skuad senior Sabah di pentas Liga Super. Nampak ‘sakit’ sikit awai tu sebab The Rhinos pun bergolak dengan isu dalaman.
Tang sini kita boleh puji mental Tierney ni ‘cekang’. Pada usia muda dia tak terjejas dengan perkara luaq padang dan fokus untuk beri impak di posisi serangan Sabah. 12 sumbangan gol pada usia 23 tahun secara keseluruhan. Untuk pemain muda yang beraksi di pentas utama Malaysia kira hebat.
26/27, Tierney cipta rekod sebagai pemain Malaysia pertama yang beraksi di saingan utama Cyprus dekat Eropah bersama ALS Omonia. Tudia, takda sapa jangka kan? Tapi tu yang dia berjaya buat.
Yang lagi sedap, dia bukan macam sesetengah anak muda negara kita yang pi luaq negara sekadar penuhkan korum dan sukar nak adaptasi dengan struktur permainan sana.
Tapi dia jadi pilihan utama tang sana. 3 sumbangan gol setakat la dalam 6 perlawanan. Dah tu bukan saja dia kerap dapat peluang kerap bermain, tapi selalu diberi peluang kesebelasan utama.
Dengaq-dengaq kata, dah ada kelab Eropah lain mula dok pandang dah Tierney untuk dibawa masuk. Sejauh mana kesahihan dia, tak pasti. Tetapi kalau kita tengok pada prestasi beliau, tak mustahil pun.
Mana pi bakat lain?
Tierney ni membesaq dengan bola sepak negara dan mewakili pasukan kebangsaan dalam beberapa lapisan umoq dah dengan anak tempatan lain. Jangan kita kata sebab nama dia Eropah dan gaya dia pun stail sana jadikan Tierney ni istimewa.
Ni, hang kalau muka macam Cole Palmer pun mau sepak bola kelaut ingat kelab-kelab Eropah sana nak pandang? Tierney layak sebab CV dia sendiri kukuh.
Tak sampai umoq 25 tahun Tierney dah buktikan yang dia:
•Main bola untuk skuad pembangunan dan senior Malaysia siap rekod gol.
•Sertai saingan luaq negara di Thailand termasuk saingan tertinggi negara sana dan turut rekodkan gol selain kerap dapat peluang bermain, makna kata minit permainan tu penting.
•Jadi muka utama di Liga Super Malaysia dengan Sabah dan rekodkan banyak gol pada usia masih muda dan ada impak penting ditawarkan, mentaliti.
Benda lagu ni yang ramai pemain muda kita susah nak dapat. Perjalanan yang baguih menghasilkan rekod yang elok untuk dinilai kelab-kelab luaq.
Ikutkan ‘batch’ Tierney ni awai dulu bukannya tak elok macam Haqimi Azim, Aliff Izwan, Alif Ikmalrizal, dan beberapa lagi. Tapi depa hadapi jalan yang susah nak tembusi siling macam kawan depa sorang tu berjaya buat.
Tak sekarang mungkin masa depan
Harapan kita, untuk lapis sekarang mungkin susah dah nakpi main luaq negara. Boleh cuba, tapi tengok kelab-kelab dalam negara yang mesra pembangunan pemain.
Tapi untuk masa depan, cuba jadikan Tierney contoh untuk kembangkan karier dengan tengok perjalanan karier beliau dan buat pemain berkenaan sebagai contoh terbaik.
Lagi ramai pemain beraksi di luaq negara, makin berkembang ‘pool’ pemain kita macam yang Jepun tengah buat. Secara tak langsung, kualiti bola sepak Harimau Malaya sendiri akan meningkat pada masa hadapan.
Tierney mungkin masih baru di Eropah, tapi dia dah buktikan pemain dari Malaysia pun sebenaqnya sentiasa dapat perhatian kelab Eropah kalau hang ada perjalanan karier yang bagus untuk terus diketengahkan.
Kena ingat, hangpa bukan Arif Aiman yang memang dah berada pada tahap berbeza nak rasa selesa bila mai ke skuad senior. Hang baguih di pentas junior tak semestinya akan teruih kemas dalam skuad utama.
Ulang balik ayat Mat Apit tadi, kalau hang bukan Arif Aiman toksah nak berangan. Usaha cantikkan rekod semasa untuk berkembang dan jangan nak sentiasa selesa. Arif sendiri pun tak pernah selesa sebab dia sendiri kena bersaing dengan ramai bintang untuk dapat tempat.






